Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 16 Januari 2017

CARA MERAWAT PENYAKIT STROK ATAU ANGIN AHMAR





Kali ni nak berkongsi maklumat mengenai penyakit strok dan cara merawat strok. Sebenarnya ramai di luar sana menderita penyakit ni dan mengharapkan sinar harapan untuk sembuh. Nikmat sihat tu sangat penting dan besar bagi yang mahu mensyukuri. Penyakit ni antara punca terbesar kematian di Malaysia sebab tu saya nak sangat orang ramai memahami dan ambil langkah berjaga-jaga.


STROK ATAU ANGIN AHMAR

Tahukan anda bahawa penyakit strok adalah punca kematian KEEMPAT terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser? Setiap tahnu dianggarkan 40 000 orang diserang strok.





BAGAIMANA STROK TERJADI?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak merupakan pusat saraf tubuh yg mengawal setiap perbuatan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan, pencernaan dan sebagainya.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien untuk terus berfungsi dengan baik. Sekiranya saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Seterusnya bahagian otak itu mula mati dan anda akan  mengalami strok. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah. Semuanya berlaku dengan senyap tetapi pantas.

Fungsi otak


" Secara mudahnya, strok berlaku bila saluran darah tersumbat. Maka aliran darah ke otak terganggu. Apabila otak tidak menerima oksigen yang mencukupi, sel-sel otak akan rosak seterusnya menyebabkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak yang rosak itu tidak dapat bergerak."

PUNCA STROK

1. Keadaan kesihatan individu
Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan jantung, diabetes, sejarah keturunan strok dalam keluarga dan migrain boleh menyebabkan terjadinya strok. Berdasarkan statistik 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangan strok.

2. Gaya Hidup dan Cara Pemakanan
Gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak seimbang seperti merokok,makanan segera, makanan proses dan makanan ringan menyumbang kepada penyakit strok ditambah lagi dengan kurangkan bersenam. Sikap mudah marah, murung dan lain2 sikap negetif turut memudahkan seseorang diserang strok.

GEJALA

Anda lebih mudah merawat strok atau menghindarkan strok sekiranya mengetahui tanda-tanda awal gejala penyakit strok.

Tanda-tanda serangan stroke :

- Rasa pusing kepala, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
- Rasa bingung, celaru dan keliru.
- Sebelah mata kabur secara tiba-tiba.
- Susah untuk berjalan dan hilang keseimbangan badan secara mengejut.
- Terasa seperti hendak mati dan dan kaku/kebas pada muka, tangan kaki atau sebahagian tubuh sahaja.
- Rasa mual dan muntah-muntah
- Terasa seperti hendak pitam, atau pengsan secara tiba-tiba.

Menurut Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican,  setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang penyakit itu.

Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah bahagian badan.

”Selain itu penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tanda-tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.

”Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness , hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatan,” katanya.

Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya Serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

”Sekalipun gejala ini lazimnya hilang sepantas ia datang di mana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakan otak lebih teruk,” katanya.

Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remeh kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun.

Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30-an, 40-an dan 50-an.

Sehubungan itu, katanya, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.

”Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama serangan angin ahmar selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes,” katanya.

Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa.

Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul.

”Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluarga perlu berusaha untuk membantu mereka,” katanya.

Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula.

Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul.

Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan.

”Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara.





CARA MERAWAT PENYAKIT STROK/ CARA MENGHINDARI

1. Elakkan dan berhenrti merokok

Merokok menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.

2. Pemeriksaan tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darahmengalami tekanan berlebihan.

3. Penyakit jantung

Sekiranya terdapat gejala atau gangguan jantung seperti detak yang tidak teratur atau kadar kolesterol tinggi, anda seharusnya mendapatkan rawatan susulan doktor untuk mengelakkan terjadinya serangan strok.

4. Kawal stress dan tekanan perasaan dengan baik

Stres atau depresi  menggangu kesihatan jantung, kawal dan tangani stress dengan bijak.

5. Menjaga Pemakanan

Ikut piramid makanan, lebihkan sayuran dan buahan supaya makanan berserat itu dapat mengawal lemak, kurangkan lemak , garam dan gula. Hindari makan daging merah terlalu banyak kerena lemaknya menyebabkan pembuluh darah mengeras.




6. Kawal berat badan dan Ketahui BMI Anda

Memiliki badan gemuk atau obes akan meningkatkan risiko strok. 

7. Aktif Bersenam

Bersenam mampu menurunkan tekanan darah dan menyihatkan anda disamping membakar lemak.

8. Hindari alkohol

Meminum alkohol dapat menaikkan tekanan darah, maka sebagai umat Islam pun anda wajib mengelakkannya.

9. VIVIX SHAKLEE

Apa itu VIVIX ?

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.

Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best?

Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah.

Apakah itu Resveratrol? 

• Antioksidan yang kuat,
 Anti-inflamasi
• Anti-kanser

Sifat anti inflamasi atau anti radang ini lah yang membantu pesakit strok dapat bergerak semula. Salur darah yang tersumbat itu akan terbuka dengan kehebatan sifat anti radang VIVIX. 

 ALTERNATIF terbaik wain sebagai umat Islam adalah vixix. Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, terlebih berat badan dan masalah kegemukan, nyanyuk, osteophorosis, penyakit2 mata spt katarak n glaukoma dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas

Vivix membantu pulihkan DNA yg rosak, mengawal genetik, menghasilkan tenaga yg diperlukan oleh sel, melambatkan pembentukan protein AGE( advanced glycation end products). Protein AGE yg berlebihan ni boleh ganggu keutuhan sel. Vivix juga menjaga dan pelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan utk kesihatan menyeluruh.









TESTIMONI PESAKIT STROK













Strok Muka

Mild Strok akibat darah tinggi

UPDATE 23/10/2016: TESTIMONI

01136888979

http://happymommynia.blogspot.my/2014/07/cara-merawat-penyakit-strok-atau-angin.html?m=1

Tiada ulasan: