Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Sabtu, 31 Disember 2016

'Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank?' - Wanita ini ajar korang menyimpan dengan lebih berdisiplin.

Trending Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan. Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online. Menarik bukan? Ibarat bermain 'kutu' dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat. Kami pun teringin mahu mencubanya. Oleh Norlaila Ahmad Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank? Ada duit saja, nak berbelanja saja kerjanya. It's me! Totally me! Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lump sum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini? Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Meoi 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016. Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1,200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah. I cannot see my account balance. I intend to spend. Terima kasih Maybank sebab ada this kind of thing. Selain simpanan untuk road tax kereta guna Flexi Saver Plan, duit dalam Tabung Haji wajib! Simpanan dalam bentuk emas pun wajib. Bagaimanapun, terpulang pada jenis akaun anda. Ada yang ada, ada yang tak ada. Amaun yang kita simpan dalam Flexi Saver Plan juga akan muncul dalam penyata akaun kita. Tetapi amaun itu tidak muncul dalam baki wang dalam akaun. Cuma duit yang ditolak setiap bulan, ada dinyatakan. Jumlah wang yang ada dalam akaun juga akan diasingkan. Jadi, boleh guna duit dalam akaun sesuka hati. As long dah lepas tarikh untuk tolak duit yang kita nak contribute dalam Flexi Smart Saver. Bila dah tiba tarikh matangnya, wang yang disimpan itu akan masuk semula dalam akaun. Seperti saya, RM150 dipotong dari akaun setiap bulan. Maka selepas 12 bulan, dapatlah RM1,800 dan duit yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02. Bagi yang berminat, anda perlu tahu bahawa: Ada akaun yang tidak mempunyai fungsi ini. Sebab kenapa dan mengapa, itu di luar pengetahuan saya. Amaun potongan bulan: Anda yang tetapkan Tempoh: Anda yang tetapkan Tarikh: Anda yang tetapkan

Tiada ulasan: