Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 12 Julai 2016

MUNGKIN KAH SARAWAK AKAN KECEWA SEBAGAIMANA SABAH DENGAN RCI.

MUNGKIN KAH SARAWAK AKAN KECEWA SEBAGAIMANA SABAH DENGAN RCI.

Apa pula kali ini  sandiwara Kerajaan Persekutuan hasil pertemuan Najib  dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berhubung rundingan  penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Sarawak.

Semua pihak dapat menjangka hasil pertemuan mungkin mengecewakan rakyat Sarawak sebagaimana hasil Suruhanjaya My Kad/RCI  telah menimbulkan berbagai tanggapan kepada rakyat Sabah.

Menurut KM Sarawak "Ini melibatkan rundingan yang sangat rumit, Saya tidak menjangka keputusan dicapai lebih awal tetapi saya fikir sesuatu akan diumumkan sebelum akhir tahun ini."tambah nya lagi.."Bukan semua keputusan tetapi rundingannya sangat rumit melibatkan isu undang-undang, isu politik dan sebagainya. Tetapi saya mengharapkan satu atau dua keputusan dicapai pada akhir tahun ini.

Sejauh ingatan kita dalam perundingan hak Malaysia timur dengan kerajaan Pusat tidak pernah memihak kepada kita,namunpun termaktub dalam perlemnagaan tetap tidak tertunai yang mana kerajaan pusat memberi berbagai alasan sehingga tuntutan itu gagal atau lenyap begitu saja tanpa keputusan yang pasti.

Jalan terakhir kerajaan pusat akan mengambil tidakan yang keras mana mana pemimpin Sabah dan Sarawak yang mereka rasa sebagai beban dan penghalang untuk agenda mereka di negara Malaysia Timur ini.

Adalah diketahui umum ramai pemimpin Sabah dan Sarawak  patriotik telah menjadi mangsa keadaan umpamanya Tun Mustpha dan TS Pairin telah kehilangan kuasa akibat campur tangan kerajaan persekutuan.

Sampai bila kita terkeluar dari cengkaman ini......? Namunpun hakikatnya rakyat dari kedua buah negeri dalam kesedaran atas segala layanan buruk dan berat sebelah ini.

By~ Evangeline Soraya Kigis
Kota Kinabalu Sabah
8 July 2016.

Tiada ulasan: