Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 24 Jun 2016

Alies Aliesz Sultan Johor ditawar menjadi Yang Di-Pertuan Agung yg pertama...

Alies Aliesz Sultan Johor ditawar menjadi Yang Di-Pertuan Agung yg pertama...

Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Moden yg ke-2 menyatakan rasa tidak senang baginda menyertai Persekutuan Malaya dan baginda juga disokong oleh pertubuhan kebangsaan melayu Johor yg diketuai oleh Ungku Abdullah...Semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan Sultan Ibrahim tahun 1955, baginda secara terbuka menentang penyertaan Johor ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dan PKMJ telah rekrut ramai ahli...Tunku Abdul Rahman dan parti perikatan memboikot sambutan tersebut...

Tetapi menjelang 1956 PKMJ telah hilang ramai ahlinya ke UMNO kerana prospek kemerdekaan...in fact sebuah pertubuhan melayu segamat yg bergelar Pasok Malaya Daerah Segamat mengugut utk membawa keluar Segamat dari Johor jika Sultan berkeras utk tidak menyertai Malaya...

Menjelang pertengahan 1957, hanya tinggal 10 org ahli sahaja yg masih bersama PKMJ, dan menjelang kemerdekaan, Ungku Abdullah membuat rayuan terakhir kpd baginda supaya tarik diri tapi baginda yg semasa itu berada di London menyerahkan kepada TMJ semasa itu, Tunku Ismail utk membuat keputusan yg mana Tunku Ismail memutuskan utk join Malaya...

Tunku Abdul Rahman dalam kesopananannye menawarkan Sultan Ibrahim menjadi Agung yg pertama tetapi baginda menolak kerana mahu berehat dan juga menghadapi masalah kesihatan...

-ATA-

Tiada ulasan: