Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 4 April 2016

Sejarah Penubuhan Parti Keadilan Nasional

Sejarah Penubuhan Parti Keadilan Nasional

Kenyataan Wan Azizah mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional

Jawatankuasa Penaja ADIL
8 Jalan Setiamurni 1
50490 Kuala Lumpur

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)    
   
Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan seperjuangan dalam pergerakan    
reformasi dan ADIL telah  memutuskan untuk melancarkan sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional.  Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul 10.00 pagi, di Hotel Renaissance    
(Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.   

Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan), sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran.

KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka keahliannya kepada semua warga Malaysia. Butir-butir lain tentang KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya pada 4 April 1999.

Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail
30 March 1999

Nota kaki

Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) merupakan sebuah parti politik kecil yang ditubuhkan pada 28 Februari 1990 sebagai tanda protes terhadap Presiden PAS. Ia mempunyai ahli berdaftar seramai 9 orang. Pada asalnya, parti tesebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur.

Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Presiden IKATAN pada waktu itu hinggalah pada masa pengambilalihan itu adalah Abdul Wahab bin Yunus.

Tiada ulasan: