Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Sabtu, 2 April 2016

Rafizi Dedah Skandal RM3.4865 Bilion Pula...

Rafizi Dedah Skandal RM3.4865 Bilion Pula...

PKR mendedahkan skandal terbaharu yang melibatkan kerja-kerja memindahkan dan menaik taraf Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi oleh 1MDB berjumlah RM3.4865 billion.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, jumlah itu melibatkan terbitan sukuk RM2.4 billion yang kononnya dipinjam untuk kerja-kerja menaiktaraf dan memindahkan pengkalan udara.

Manakala, RM1.0865 bilion pula merupakan geran yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada 1MDB bagi tujuan pembinaan bangunan gantian dan perolehan peralatan susulan pembangunan semula Sungai Besi.

“Ini bermakna 1MDB telah menggunakan dana awam dalam bentuk geran Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan-pengkalan tentera udara yang sebenarnya adalah tanggungjawab 1MDB.

“Lebih teruk lagi, berdasarkan angka-angka ini, jelas bahawa jumlah dana yang telah diperolehi oleh 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion dan geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion (menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diambil bagi tujuan ini mencecah RM3.4865 bilion) adalah jauh melebihi kos keseluruhan projek yang diumumkan iaitu RM2.7 bilion.

“Malangnya, 1MDB sendiri mengakui bahawa hanya RM800 juta yang telah dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki.

“Maka, skandal pembiayaan kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan udara yang melibatkan 1MDB kini menjadi lebih rumit dan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri perlu menjelaskan perkara ini,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu menjelaskan beberapa perkara utama kepada rakyat iaitu:

1. Kenapa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran kepada 1MDB sebanyak RM1.0865 bilion sedangkan itu adalah tanggungjawab 1MDB sebagai pertukaran mendapat tanah-tanah Pengkalan TUDM Sungai Besi pada harga yang rendah?

2. Ke mana baki RM286.5 juta jika geran sebanyak RM1.0865 bilion telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB tetapi hanya RM800 juta yang diagihkan kepada kontraktor?

3. Ke mana pula dana RM2.4 bilion dari terbitan sukuk yang sepatutnya digunakan bagi menanggung kos projek ini jika bayaran kepada kontraktor sebanyak RM800 juta kini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran?

Rafizi berkata, Najib wajar meminta maaf kepada rakyat kerana mengumumkan dengan bongkaknya bahawa masalah kewangan 1MDB diselesaikan tanpa melibatkan dana rakyat.

Ini kerana, katanya, Ketua Audit Negara sendiri telah mengesahkan bahawa RM1.0865 bilion dana rakyat telah disalurkan kepada 1MDB menerusi geran bagi menanggung kos yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB

http://suarakamiibaru.blogspot.my/2016/03/rafizi-dedah-skandal-rm34865-bilion-pula.html?m=1

Tiada ulasan: