Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 14 April 2016

Lelaki hilang tangan digigit beruang

Lelaki hilang tangan digigit beruang
Bangkok – Gara-gara memberi beruang makan pisang, seorang lelaki kehilangan tangannya akibat digigit dan dicakar haiwan berkenaan yang dipelihara di sebuah kuil di wilayah Phrae kelmarin.

Tangan kanan Prateep Saisakul, 69, cedera parah selepas dia diserang ketika cuba memberi beruang itu makan pisang di kuil Wat Srikhirintraram di daerah Den Chai.

Penjaga beruang berkenaan, Praphan Ngammo berkata, pelawat itu menghulurkan pisang kepada haiwan berkenaan yang dibela di dalam sebuah kandang.


“Bagaimanapun, beruang itu terus mencakar lengan lelaki itu dan menggigit tangannya yang masih memegang pisang.

“Saya dan beberapa pelawat terus menarik lelaki itu dan melihat lengannya hanya tinggal tulang,” katanya.

Prateep segera dikejarkan ke hospital berdekatan, tetapi pegawai kesihatan memberitahu tangan lelaki itu terpaksa dipotong.

Read more http://www.kualalumpurpost.net/lelaki-hilang-tangan-digigit-beruang/

http://www.kualalumpurpost.net/lelaki-hilang-tangan-digigit-beruang/

Tiada ulasan: