Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 13 April 2016

Lebih 100 rumah musnah terbakar ditawau, by klpost


Lebih 100 rumah musnah terbakar
by klpost

Tawau - Lebih 100 rumah di Kampung Titingan dan Kampung Tanah Merah dekat sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi dipercayai bermula dari sebuah rumah di Kampung Titingan sebelum api merebak dengan cepat sehingga turut memusnahkan puluhan lagi rumah di Kampung Tanah Merah yang terletak bersebelahan.

Keadaan berangin selain kedudukan rumah yang rapat antara satu sama mengakibatkan api marak dengan cepat. Setakat ini tiada penduduk dilaporkan cedera.

[ads2 color="transparent" res="no" ref="" id="alignnone"]

Setakat jam 5 pagi tadi, bomba masih menjalankan operasi memadamkan kebakaran.

Ketua Zon, Bomba dan Penyelamat Bahagian Tawau, Penguasa Kanan Bomba Ismaidi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.33 pagi sebelum menghantar 34 anggota bersama empat jentera ke lokasi.

"Api dapat dikawal pada jam 5.39 pagi dan punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya. - BH Online

http://www.kualalumpurpost.net/lebih-100-rumah-musnah-terbakar/

Tiada ulasan: