Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Rabu, 6 April 2016

ARULKANDA KANDASAMY TIDAK MENAFIKAN DAKWAAN BAYARAN RM288 JUTA DIBUAT TANPA KELULUSAN LEMBAGA PENGARAH

Hari ini saya terbaca laporan bahawa CEO 1MDB, Arulkanda Kandasamy akan meletak jawatan tidak lama lagi. Saya harap beliau tetap akan disiasat oleh pihak berkuasa berdasarkan laporan yang saya buat semalam. Saya nampak 1MDB goyah sedikit jadi saya akan terus tekan supaya Arulkanda dan pengurusan kanan 1MDB disiasat. Mohon sebarkan.

31 MAC 2016

ARULKANDA KANDASAMY TIDAK MENAFIKAN DAKWAAN BAYARAN RM288 JUTA DIBUAT TANPA KELULUSAN LEMBAGA PENGARAH

Saya ambil maklum bahawa kenyataan 1MDB yang dikeluarkan semalam selepas saya membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB.

Yang menariknya, kenyataan 1MDB itu langsung tidak menafikan dakwaan saya bahawa 1MDB telah membuat satu bayaran berjumlah RM288 juta yang tidak dimaklumkan dan tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Ini adalah satu kesalahan jenayah yang perlu dijawab oleh Arulkanda Kandasamy sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

Kenyataan 1MDB semalam itu cukup berbeza dengan kenyataan-kenyataan sebelum ini yang kebiasaannya menafikan terus sebarang isu yang ditimbulkan. Saya mengambil pendirian bahawa kenyataan 1MDB yang tidak menafikan dakwaan saya itu (seperti kebiasaan amalan 1MDB) secara tidak langsung mengiyakan bahawa dakwaan saya itu ada asas.

Oleh yang demikian, 1MDB tidak boleh bermain politik dengan menuduh saya kononnya cuba mensensasikan siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Negara. Keseluruhan kenyataan balas 1MDB semalam adalah kenyataan politik apabila menuduh saya campur tangan di dalam siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Negara.

Hakikatnya ialah ada asas yang kukuh untuk menyiasat satu perlakuan jenayah yang mungkin telah dilakukan oleh pengurusan kanan 1MDB yang diketuai oleh Arulkanda Kandasamy. Bila perlakuan jenayah berlaku, ia tidak tertakluk kepada siasatan-siasatan lain yang sedang berjalan di Parlimen atau di peringkat Ketua Audit Negara.

Siasatan segera oleh pihak berkuasa yang berkenaan mengikut akta yang berkenaan perlu dijalankan dan boleh berjalan selari dengan siasatan dan semakan lain yang telah pun bermula.

Saya telah menerima panggilan dari Pengawai Penyiasat IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan dan saya berharap siasatan terhadap Arulkanda Kandasamy ini boleh berjalan mengikut kaedah undang-undang yang sewajarnya.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Tiada ulasan: