Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Selasa, 1 Mac 2016

Najib Turun, Ringgit Naik Sekelip Mata - Tun Dr. Mahathir

Najib Turun, Ringgit Naik Sekelip Mata - Tun Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin kejatuhan ringgit Malaysia mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir ketika berucap di Majilis Hi-Tea bicara politik bertajuk "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" berkata beliau ingin melihat Najib meletak jawatan.

"Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata," katanya di majlis anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan itu.

Di dalam sidang media sejurus majlis itu, Dr Mahathir berkata dia bersetuju dengan pandangan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang sebelum ini mengatikan krisis ringgit dengan isu 1MDB.

"Kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB dan derma RM2.6 billion tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih.

"Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam tu.

"Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain, saya kaji jugak itu (kaitan isu 1MDB)," katanya memetik laporan mStar Online

http://www.siakapkeli.my/2015/10/najib-turun-ringgit-naik-dr-m.html?m=1

Tiada ulasan: