Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 24 Mac 2016

MALAYSIA DIJANGKA KEMARAU PANJANG

KIAMAT

MALAYSIA DIJANGKA KEMARAU PANJANG

Adakah kita sedar, sudah lama Malaysia mengalami cuaca panas yang berpanjangan? Para pengkaji mengatakan kita sedang mengalami "Panas El Nino" yang merbahaya.

Pada awalnya, diri ini cuma menganggap ianya cuma kejadian biasa yang sering berlaku. Tetapi, kata-kata Ustaz Fawwaz Mat Jan semasa Konvensyen Surah & Sirah (USM) yang lalu, membuatkan diri ini berfikir panjang.

"Saya nak minta kepada Pelajar USM, jika ada maklumat kajian tentang cuaca panas El Nino. Sebab saya nak tahu tempoh masa bermulanya panas El Nino pada tahun lepas dan tahun ini. Jika tahun lepas suku tahun, tahun ini setengah tahun & mungkin tahun hadapan sepanjang tahun, kemungkinan besar Dajjal akan muncul pada tahun yang berikutnya."

Sejak dari hari itu, kerap kali saya mendengar Para Asatizah & Para Saintis merungkai perkara ini. Hari demi hari maklumat baru yang akan wujud. Adakah kita masih berada dalam zon selesa dan tidak mahu ambil tahu?

Perkara ini jelas dinyatakan dalam Hadis Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah tempoh waktu tiga tahun yang sangat sulit, dimana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama darinya untuk menahan 1/3 dari hujan dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan 1/3 dari tanaman.

Kemudian Allah memerintahkan kepada langit pada tahun kedua darinya agar menahan 2/3 dari hujannya dan memerintahkan bumi untuk menahan 2/3 dari tanamannya.

Kemudian pada tahun ketiga darinya Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, lalu ia tidak menitiskan setitik air pun dan memerintahkan kepada bumi agar menahan seluruh tanamannya, maka setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijau pun dan semua binatang berkuku akan mati kecuali yang dikehendaki Allah.

Para sahabat bertanya dengan apa manusia akan hidup pada hari itu?

“beliau menjawab, “tahlil, takbir, tasbih dan tahmid akan sama artinya bagi mereka dengan makanan.”

(HR. Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim, Shahih. Lihat Ash-Shahihah no.2457)

Pesanan buat diri ini & semua,
persiapkanlah diri untuk menghadapi Fitnah Dajjal. Baca, Hafal & Amalkan 10 Ayat pertama & terakhir Surah Al-Khafi.

Moga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Wallahua'lam

Tiada ulasan: