Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 14 Mac 2016

Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan

Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan

http://1pp.treasury.gov.my/sub-topik/fail/160/muat-turun

IMBUHAN TETAP KERAIAN

+ Elaun keraian YB Menteri dan YB Timb. Menteri dikurangkan 10%

PERJAWATAN

+ Perjawatan baharu tidak dibenarkan, trade off sahaja yang boleh
+ Jawatan baharu dlm bidang kritikal seperti pendidikan, kesihatan,keselamatan,penguatkuasaan dan kutipan hasil dibenarkan tetapi dgn kawalan ketat
+ Jawatan kosong lebih 2 tahun dimansuhkan
+ Perlantikan pegawai kontrak baharu tidak dibenarkan, cuma boleh renew kontrak

PENYUSUNAN SEMULA ORGANISASI

+ Penyusunan semula organisasi hanya boleh jika untuk tingkat kecekapan, tak boleh tambah perjawatan atau ada implikasi kewangan
+ Penubuhan badan berkanun/ entiti baharu tidak dibenarkan

ELAUN LEBIH MASA

+ Perbelanjaan elaun lebih masa lebih ketat

PERJALANAN LUAR / DALAM NEGARA

+ Perjalanan ke luar negara hanya bagi urusan yang telah dijadualkan/diluluskan
+ Digalakkan untuk wakilkan kepada Duta/Ketua Perwakilan Malaysia di negara berkenaan
+ Hanya 1 pegawai pengiring untuk Ketua Delegasi/Menteri/Timb Menteri/KSU/Ketua Jabatan untuk negara yang ada pejabat pewakilan Malaysia dan 2 orang pegawai jika tiada pejabat pewakilan Malaysia
+ KSU/Ketua Jabatan hanya dibenarkan keluar negara tidak lebih 3 kali dan 2 kali bagi lain-lain pegawai
+ Jika kursus yg bersifat teknikal dan cuma ada di luar negara, hanya seorang pegawai yang dibenarkan pergi dan ianya hanya sekali dalam setahun

PERJALANAN UDARA

+ Tiket kapal terbang (dlm dan luar negara) hanya kelas ekonomi untuk semua gred kecuali Anggota Pentadbiran (Menteri/Timb Menteri etc) jika penerbangan kurang dari 5 jam, jika lebih  boleh ikut kelayakan gred

SEWAAN PEJABAT

+ Tak boleh sewa pejabat baru / pindah kecuali sewanya lebih murah

PAKAIAN SERAGAM / KORPORAT

+ Pakaian seragam dikurangkan kepada hanya 2 pasang setahun, bantuan upah jahit hanya 1 pasang setahun.

PENGANJURAN MAJLIS

+ Semua acara/majlis/mesyuarat/bengkel/seminar perlu dilakukan di premis kerajaan sahaja (no more hotel)
+ Gimik pelancaran perlu ringkas, tak boleh outsource
+ Pemberian cenderamata tidak dibenarkan kecuali benar-benar perlu dan terhad kepada buku/kraf tangan tempatan/makanan tempatan atau produk agensi sendiri
+ Free t-shirt tidak dibenarkan
+ Hiasan pentas dan tempat perlu ringkas
+ Penganjuran expo/pameran luar negara ditangguhkan kecuali telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri
+ Semua acara/majlis/seminar/persidangan/mesyuarat/bengkel perlu dikecilkan skop dan bajet cut sebanyak 30%

KEMPEN / PROMOSI / IKLAN

+ Kempen perlu ikut golongan sasar
+ Penajaan dan iklan dalam akhbar/media cetak/elektronik/roadshow dan billboard dikurangkan, perlu buat atas talian

OUTSOURCING

+ Perkhidmatan outsourcing perlu dikaji semula oleh Ketua Jabatan

PEMBANGUNAN

+ Tangguh/jadual semua semua projek yang mempunyai komponen import yang tinggi
+ Tangguh projek yang bersifat kajian kemungkinan (feasibility)
+ Geran kepada industri dikaji semula

RIZAB AKAUN AMANAH/DALAMAN

+ Kementerian/Jabatan perlu kaji dan guna rizab akaun amanah dibawah kawalan masing-masing untuk biaya kos operasi

TINGKAT HASIL

+ Kementerian/Jabatan perlu kaji bagaimana untuk tingkatkan hasil masing-masing
+ Selain dari yang disarankan di atas, perlu fikir bagaimana cara lain untuk berjimat dan tingkat hasil
+ Jika dapat tingkatkan hasil / kurangkan kos, boleh dapat insentif khas

TARIKH KUATKUASA

+ 1 MAC 2016

Tiada ulasan: