Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 11 Mac 2016

Cerita ini akan membuat hidup anda gembira hari ini.

Cerita ini akan membuat hidup anda gembira hari ini.

Pak Lah, Tun M dan Najib ditangkap kerana beberapa kesalahan berat di Malaysia, jadi untuk jenayah berat mereka semuanya dijatuhkan hukuman 20 sebatan seorang.

Ketika mereka sedang menunggu sebatan, Hakim mengumumkan:

“Hari ini adalah hari jadi Isteri saya dan dia minta saya untuk membenarkan satu permintaan sebelum kamu disebat..”

Pak Lah yang pertama dan selepas berfikir seketika, dia pun berkata: “Tolong ikatkan bantal dibelakang saya..”

Bantal pun diikat tapi bantal itu hanya bertahan 10 sebatan dan Pak Lah terpaksa diangkat, berdarah dan menangis-nangis kesakitan.

Kemudian tiba giliran Najib. Apabila melihat Pak Lah dalam keadaan menderita, Najib pun tersenyum dan berkata: “Ikatkan dua bantal di belakang saya..”

Tetapi dua lapisan bantal itu cuma bertahan sehingga 15 sebatan dan Najib juga diangkat berdarah dan berteriak-teriak menangis.

Tun M yang terakhir tetapi sebelum dia berkata apa-apa, Hakim itu telah bercakap dahulu: “Awak adalah yang paling pintar dan licik orangnya. Untuk ini, awak boleh minta dua permintaan!”

“Terima kasih Tuan Hakim.” Jawab Tun M. Untuk menghargai kebaikan tuan Hakim yang mulia, permintaan pertama saya ialah tuan berikan saya bukan 20 sebatan, tapi 100 sebatan!”

“Bukan saja awak seorang yang terhormat dan pernah jadi orang paling berkuasa suatu masa dulu, tapi awak juga seorang yang sangat berani” kata Hakim itu dengan rasa kagum kepada Tun M.

“Jika permintaan awak 100 sebatan, maka permintaan itu dikabulkan.”

“dan apa permintaan awak yang kedua?” tanya hakim itu.

Tun M tersenyum lalu berkata, “Ikatkan Najib di belakang saya”!!!

Tiada ulasan: