Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 30 Mac 2016

1MDB sememangnya tidak tahu menyimpan harta pusaka rakyat Malaysia.

Apabila hutang habis dibayar, tanah atau kenderaan masih dimiliki oleh perniagaan untuk menjana lebih banyak pendapatan.

Tetapi bagi kes 1MDB, ianya terbalik. Mereka buat hutang untuk beli aset. Kemudian terpaksa jual aset yang baru dibeli untuk bayar hutang tersebut.

Kemudian, Perdana Menteri yang juga menteri kewangan dan juga ketua penasihat 1MDB terpekik terlolong merasa bangga yang 1MDB berjaya kurangkan hutang!

Tapi malangnya, aset negara pun tergadai.

Antaranya Edra Global Energy (stesen janakuasa elektrik)  yang dbeli dengan berhutang RM12 billion dan dijual dengan RM9.83 billion kepada syarikat asing dari China.

Begitu juga dengan 60% dari pemilikan tanah di Bandar Malaysia (486 hektar luasnya) yang dijual dengan harga RM7.41 billion setelah dibeli dengan harga murah dari Kerajaan. Tanah tersebut (milik rakyat Malaysia sebelum ini) sekarang dimiliki oleh konsortium yang terdiri daripada syarikat asing dari China.

1MDB sememangnya tidak tahu menyimpan harta pusaka rakyat Malaysia. Habis tanah kerajaan Sungai Besi sekarang jatuh ke tangan pihak swasta.

Kalau duit yang diterima dari semua jualan harta ini dapat kepada perbendaharaan negara tak apalah juga. Tapi semuanya akan digunakan untuk membayar hutang RM42 billion kepada pihak bank.

Bank-bank asing ini semua ketawa gembira, rakyat Malaysia satu sen pun tidak dapat apa-apa.

Tak payahlah orang-orang  (UMNO) hendak menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP sambil berkata DAP akan menjual tanah orang Melayu.

Orang Melayu itu sendiri menjual tanah sewenang-wenangnya untuk menimbus kebebalan sendiri.

Tiada ulasan: