Sabahan Memerlukan Pemimpin Yang Berisi Bukannya Dedak.
Masyarakat Sabah yang ada di peringkat akar umbi memiliki akar fikir yang cergas. Melebihi individu yang telah diberikan kepercayaan sebagai pemimpin.
Pemimpin berkenaan terutamanya di peringkat negeri, hanyalah berusaha membuncitkan perut mereka, kalian masyarakat marhaen Sabah hanya di kembungkan dengan hampas dedak yang tidak berguna.
Peliknya hanya kerana pemimpin yang bersandarkan parti UMNO, maka separuh pemikiran kalian berjaya di lumpuhkan. Hidup mati bersama pemimpin bebal UMNO yang menghisap darah. Tolonglah, parti hanyalah wadah, yang mendatangkan manfaat ialah kerja berkualiti individu yang kita lantik sebagai pemimpin.
Sabahan amat memerlukan pemimpin yang berkualiti. Mampu merasa denyut nadi rakyat, bukan sekadar retorik. Kononnya angka kemiskinan telah berjaya dikurangkan tapi hakikatnya, semakin bertambah.
(Rumah marhaen di Parlimen pantai barat, kalau kita canang kemiskinan marhaen di pantai timur Sabah pastinya ramai yang menggelengkan kepala, hakikatnya Sabah negeri yang kaya tapi rata rata masyarakatnya masih berada di takuk lama)
Ini adalah penghinaan tertinggi terhadap masyarakat Sabah, sokongan yang diberikan selama ini ibarat sampah di tepian, hilang bersama angin yang meniup. Sedih.
Sabah memerlukan pemimpin tertinggi yang berisi yang ada sekarang wajar di rehatkan, kategori dedak. Kebanyakannya kaki bodek tidak berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan