Kenyataan Media Angkatan Muda KEADILAN Kedah.
Ampun beribu ribu ampun sembah patik sekalian harap diampun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Badlishah.Patik patik sekalian daripada sayap Parti KEADILAN Rakyat,yakni Angkatan Muda KEADILAN Kedah,memohon sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu ke 240 yang akan berlangsung dan dipengerusikan Tuanku pada hari ini,17 Februari 2015,agar jemaah Majlis Raja Raja Melayu meminta siasatan berkenaan skandal 1MDB disiasat semula dan seadil adilnya seperti Kenyataan Majlis Raja Raja Melayu yang dikeluarkan pada Oktober tahun lalu.
Walaupun sudah lebih tiga bulan kenyataan Majlis Raja Raja itu dibuat,Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Dato Seri Najib Razak melalui Parti UMNO/Barisan Nasional masih tiada keputusan yang dibuat dan siasatan dilihat lebih kepada menjaga kepentingan pihak pihak tertentu dalam skandal 1MDB ini.
Isu 1MDB ini telah memberi imej buruk bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan seluruh dunia memerhati dengan rapat dan ini mewujudkan suatu keadaan yang sangat tidak selesa kepada semua pihak.Bagi meyakinkan semua,pastinya Suruhanjaya Siasatan Diraja patut diwujudkan dan itu jalan terbaik bagi mendapatkan kepercayaan awam.
Akroninya,rakyat jelata secara realiti mahupun persepsi,sudah hilang kepercayaan terhadap Kerajaan yang dipimpin Najib Razak walaupun beribu alasan atau jawapan yang diberi.
Campurtangan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bersama sama Majlis Raja Raja Melayu yang akan bersidang hari ini mungkin adalah pilihan yang terakhir dan Tuanku sebagai Payung Negara yang tercinta ini.
Tuanku,dengan pelbagai isu,skandal dan keadaan politik yang berlaku akhir akhir ini mengundang kebimbangan rakyat di negara ini.
AMK Kedah pohon Tuanku ambil peduli akan hal ini.Raja Adil Raja Disembah lagi Ditaati.
Merafak sembah,dari Angkatan Muda KEADILAN Kedah.
17 Februari 2016
8 Jamadil A'wal 1437
Tiada ulasan:
Catat Ulasan