Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Rabu, 3 Februari 2016

GAMBARAN DI KEDAH PETANDA MENGGERUNKAN BUAT NAJIB

GAMBARAN DI KEDAH PETANDA MENGGERUNKAN BUAT NAJIB

Satu perkara yang menarik dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Kedah yang entah bagaimana kesudahan ceritanya nanti ialah apabila parti-parti pembangkang dilihat boleh bersatu akhirnya atas matlamat yang sama.

Walaupun Pakatan Harapan ketika ini hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, manakala Pas kekal sebagai parti yang bersendirian, tetapi kesemua 15 Adun pembangkang Kedah sepakat memberi sokongan kepada Mukhriz Mahathir untuk terus kekal memimpin negeri Kedah.

Adun pembangkang di Kedah terdiri daripada 8 Pas, 4 PKR, 2 DAP dan 1 Amanah yang menjadikan jumlahnya 15, manakala 21 kerusi Adun selebihnya dipegang oleh BN.

Adun-Adun pembangkang bukan saja sepakat menolak cara penyingkiran Mukhriz yang dianggap tidak beradab dan tidak sesuai dilakukan ketika sambutan Keputeraan Sultan Kedah sedang berlangsung, malah juga menganggap menukar Menteri Besar bukanlah keutamaan berbanding keperluan mengganti Perdana Menteri yang banyak menyusahkan rakyat.

Jika dilihat bagaimana percakaran antara Pas dengan DAP dan Amanah serta akrabnya hubungan antara Najib Razak dengan Hadi Awang sejak bulan-bulan kebelakangan ini, tentu tidak ada yang terperanjat sekiranya 8 Adun Pas menyokong pertukaran Mukhriz itu atau setidak-tidaknya mengambil sikap berkecuali.

Lagi pun, Pas tentunya maklum bahawa menukar Mukhriz sebagai Menteri Besar bukan semata-mata kehendak kumpulan pemberontak di negeri Kedah, bahkan juga merupakan "hajat besar" Najib sendiri dalam usahanya mengukuhkan lagi kedudukannya.

Maka, sekiranya Pas dan Hadi Awang ingin menunjukkan sikap positifnya terhadap layanan UMNO dan Najib yang begitu baik hati semenjak akhir-akhir ini, mereka boleh saja mengarahkan 8 Adun Pas itu mengambil sikap yang cenderung kepada hasrat hati Putrajaya itu.

Tetapi dengan semua 15 Adun pembangkang memperlihatkan begitu mudahnya mereka mencapai kesepakatan, termasuk 8 Adun Pas, meskipun dalam bercakaran sesama sendiri, ia adalah isyarat penting bahawa berbaik dan bekerjasama dengan UMNO bukanlah pilihan yang mutlak bagi mereka.

Parti-parti pembangkang, termasuk Pas, nampaknya masih menjadikan agenda menjatuhkan UMNO keutamaan dalam perjuangan.

Parti-parti pembangkang juga bila-bila masa saja boleh tertarik hati dengan mana-mana kumpulan yang berbeza pendapat dan ingin mengenepikan Najib daripada terus memimpin negara.

Isyarat daripada Kedah ini adalah petanda yang boleh menggerunkan hayat politik Najib dan UMNO.

Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya perkara yang selalu diulang-ulang oleh oleh Azmin Ali bahawa pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN dalam PRU 14 nanti,  lebih mungkin menjadi kenyataan akhirnya.

Ini sekaligus memberi lebih harapan kepada kemungkinan berlakunya perubahan dalam politik negara, sesuai dengan keinginan yang semakin membuak-buak di kalangan rakyat yang kian menunjukkan peningkatan ketika ini. (SH 03/02/2016).

Tiada ulasan: