Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 29 Februari 2016

2 tahun lagi di bawah Najib, Malaysia jadi negara gagal

2 tahun lagi di bawah Najib, Malaysia jadi negara gagal

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata kedudukan perdana menteri semakin kukuh walaupun beliau melonjakkan kedudukan Malaysia dalam carta skandal rasuah sedunia. Cabaran terbesar Malaysia adalah mengelak daripada menjadi "negara gagal" ekoran rasuah dan kejatuhan tadbir urusnya akibat pelanggaran demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara dan egalitarianisme, kata Lim Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, persoalan sekarang ialah sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mentadbir negara selama 2 tahun lagi.

"Umno dan Barisan Nasional akan datang di bawah kepimpinan Najib tidak boleh menjadi lebih lemah dan lebih terdedah.

"Tetapi ini bukanlah demi kepentingan terbaik negara, kerana Malaysia akan jatuh lebih lagi dalam tempoh 2 tahun akan datang ke arah kegagalan" katanya pada majlis makan malam DAP Pulau Pinang meraikan ulang tahun ke-50 parti itu dan ulang tahun ke-75 Lim di Dewan Sekolah Hang Chiang malam tadi.

Beliau berkata kedudukan Najib dalam politik semakin kukuh walaupun beliau membawa negara hingga menduduki tempat ke-3 di dunia dalam carta "skandal rasuah paling teruk 2015", jatuh 4 anak tangga dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun lalu.

Ia adalah kerana kontroversi yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion didepositkan ke dalam akaun beliau.

"Skandal mega kembar" itu juga menjadi disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan 7 negara, termasuk Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong.

"Najib seolah-olah menjadi lebih kuat dari segi politik, dengan tindakan keras terhadap kebebasan demokrasi dan hak asasi manusia seperti tindakan baru-baru ini terhadap The Malaysian Insider walaupun imej dan kredibiliti beliau tidak pernah sebegini rendah bagi seorang perdana menteri Malaysia, sama ada di peringkat negara atau antarabangsa." – 29 Februari, 2016.

Tiada ulasan: