Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 29 Januari 2016

Tazkirah Hari Ini (29.01.2016) Sihat Tanpa Maksiat

Tazkirah Hari Ini (29.01.2016)
Sihat Tanpa Maksiat

Pen dicipta untuk menulis.Selagi mana digunakan untuk menulis,InsyaAllah pen akan berada dalam keadaan yang baik.Mengapa?Hal ini kerana pen memang dicipta untuk menulis.

Sebaliknya,kalau pen itu digunakan untuk mencucuk,dibaling atau mengetuk sesuatu,sudah tentu pen itu akan rosak.Kenapa?Ya,kerana pen bukan diciptakan untuk itu.

Maka begitulah manusia.Manusia akan “rosak” sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya sepertimana yang telah ditentukan oleh Pencipta.Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah.Sekiranya dia menyimpang daripada tugas itu,dirinya akan rosak; kesihatannya terjejas,sama ada kesihatan mental,spiritual,emosi mahupun fizikalnya.Ketika itu dia akan merosakkan dirinya sendiri.Itulah akibat maksiat.

Orang yang melakukan maksiat akan berasa miskin dalam kekayaannya,sempit dalam kelapangannya dan sunyi walaupun dikelilingi orang yang memuja dan mengaguminya.

(Ust Pahrol Mohamad Juoi - Semuanya Soal Hati)

Tiada ulasan: