Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 29 Januari 2016

Jom baca kisah ... luahan seorang anak untuk kedua ibu bapa nya didalam solat tahajud...

Jom baca kisah ... luahan seorang anak untuk kedua ibu bapa nya didalam solat tahajud...
Jadikan tauladan dan keinsafan buat kita semua.....

ustaz, saya ada 9 org anak.anak-anak saya semua hebat-hebat. saya tak bangga langsung dgn mereka kecuali yg ke sembilan ustaz. Saya mula bangun tahajud sebab anak yg kesembilan ustaz.dia baru darjah 6. Suatu malam ustaz,saya dgr air pukul 3 pg dr bilik air saya, saya bingkas bgn, saya tgk anak perempuan saya ustaz dlm keadaan ambil wuduk, saya tunggu kat luar.

Apabila dia keluar saja.saya tengok saja dia dan tanya kenapa dik? "saya ambil wuduk abah" "kenapa ambil wuduk? "Adik x solat isyak lagi?" "Adik nak solat tahajud bah" dgr sahaja nk solat tahajud saya diam. Saya pun biarkn dia.kemudian anak saya solat di ruang tamu.saya tengok dia berdiri ustaz.lama-lama dia menangis dlm qiam dia.saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia.waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan .Dia berdoa pd Allah.Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis. Saya dgr dia sebut pd Allah dlm bisikan dia, " Ya Allah ampunkan dosa ayah saya ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya ya Allah. ayah saya x bgn ya Allah, ayah saya x tahajud ya Allah, ibu saya x bgn" dia sebut nama saya dalam doa dia ustaz, saya datang, saya peluk, saya cium anak saya ustaz. Saya tanya kenapa adik menangis? " adik nak tengok abah solat dengan adik" " bgn mlm dgn adik" berjurai air mata saya ustaz. "Ya Allah anak aku darjah 6, dh bgn tahajud, tp aku dah umur  44tahun x bgn-bgn lg". saya kesat air mata dan janji dgn dia, akan bgn selalu dan solat dengan dia.

Bila kita diuji dgn penyakit, diuji dgn kehidupan yg susah x seperti yg lain.kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita.kita rasa kurang.tp bila kita bgn tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita menang untuk kehidupan akhirat. dan kita kenal mana yg kita nk tuju sebenarnya. Dosa banyak mana pun kita.Bila kita buat dosa pd siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita.Bila kita buat dosa mlm hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita...Allah.

-hamba Allah-

Tiada ulasan: