Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 21 April 2015

Bakal Pengantin Dir0g0l Bomoh

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
Malang nasib seorang bakal pengantin perempuan dir0g0l oleh seorang bomoh yang ditemuinya kononnya berkemampuan memulihkan daranya. Lapor mStar Online, mangsa yang berusia 22 tahun dilaporkan bertemu dengan bomoh itu pada 27 Mac lalu kerana bimbang bakal suaminya mendapat tahu yang dirinya sudah tidak mempunyai dara lagi. Bomoh yang berusia 53 tahun itu bagaimanapun bertindak mengambil kesempatan dengan mer0g0l mangsa yang merupakan seorang setiausaha dan bakal berkahwin pada April ini. Mangsa menemui bomoh itu di Semenyih dengan harapan agar masalahnya dapat diselesaikan. Bagi menyelesaikan masalah mangsa, bomoh itu menawarkan tiga cara bagi memulihkan daran mangsa. Hantar video aksi ghairah mangsa. Menyentuh badan mangsa. Hubungan s-eks. Mangsa memilih cara yang pertama dan telah mengirimkan tiga video itu kepada bomoh berkenaan. Bagaimanapun, mangsa berubah hati dan memilikh cara kedua kerana tidak mahu lagi mengirim video seperti itu. Mangsa kemudian bertemu dengan suspek pada jam 7.20 malam pada 16 April di sebuah pondok di Bukit Broga. Mangsa pada mulanya beranggapan bomoh itu hanya mahu meraba badannya namun sangkaannya meleset apabila dia dir0g0l oleh lelaki itu. Sebaik saja kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. Suspek turut ditahan pada hari yang sama. Siasatan polis mendedahkan, mangsa telah membuat laporan polis mengenai lelaki itu pada 27 Mac lalu pada hari pertama mereka bertemu. Wanita itu mendakwa bomoh itu telah membacakan jampi sambil memegang tangannya yang membuatkan dia bernafsu. Bomoh miang itu direman sehingga Selasa dan disiasat kerana merogol. SUMBER ; MEDIA ORANG KAMPUNG Suara Rakyat Kunak

Tiada ulasan: