Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 23 Julai 2014

MH4 TERBANG DI RUANG UDARA SYRIA TERIMA KECAMAN

Rakyat Hakim Negara
MH4 TERBANG DIRUANGAN UDARA SYRIA TERIMA KECAMAN DARI ORANG AWAM BIMBANG KEJADI MH17 BERULANG KEMBALI MENJADI SATU LAGI TRAGEDI HITAM Berikut adalah keterangan kenyataan dari pihak MAS berkenaan penerbangan Kuala Lumpur – London yang melintasi ruang udara Syria yang merupakan wilayah bergolak. MAS Airbus A380 dengan kod penerbangan MH004 itu telah dikecam berikutan MAS menjadikan laluan itu sebagai laluan utama. Rakyat Malaysia yang perihatin telah melahirkan rasa kerisauan diatas perkara tersebut dan menyifatkan MAS tidak sensitif terhadap isu MH17. Justeru itu, MAS menerusi satu kenyataan telah memberi penerangan terperinci terhadap perkara ini dan sebagai berkata laluan berkenaan selamat digunakan berdasarkan plan laluan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Terdahulu, pesawat MH4 pada 20 Julai 2014 yang berlepas dari KL ke London pada pukul 1.20 petang waktu Malaysia telah mencetuskan kebimbangan orang awam kerana MH4 melintasi ruang udara Syria yang sedang bergolak. Penjelasan MAS MH4 Guna Ruang Udara Syria Menurut kenyataan MAS, laluan penerbangan MH004 adalah mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang diluluskan. Ia mengikut notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria yang memaklumkan ruang udara Syria tidak tertakluk kepada sekatan. Sumber- Illustrasiaku.com Suara Rakyat Kunak

Tiada ulasan: