Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 22 Mei 2014

BN/UMNO WAJIB DITUMBANGKAN PRU 14.

Suara Rakyat Suara Keramat
Pengurusan kewangan negara tersangat tempang, berlaku penyalahgunaan wang rakyat (cukai), pembaziran yang keterlaluan seperti laporan Ketua Audit Negara RM24 bilion setahun. Antara penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat (cukai) oleh BN ialah:- 1. PKFZ RM12.7 bilion melibatkan pimpinan MCA/BN. 2. Komisen beli kapal selam RM500juta. 3. Kerugian beli asset Sime Darby RM1.6 bilion. 4. Tanggung kerugian Konsortium Perkapalan milik Mirzan Mahathir RM1.7 bilion. 5. Senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta. 6. Rugi Pos Malaysia RM546juta. 7. Perjanjian beli Eurocopter RM1.67 bilion. 8. Membaiki bumbung stadium Terengganu RM292juta. 9. Membaiki MRR2 RM70juta. 10. Akaun bil terlebih bayar Maybank RM4 bilion. 11. Kickbacks kepada Ng Yen Yen RM10juta Kementerian Pelancongan. 12. Beli tiga lukisan oleh MAS RM1.5 juta. 13. Lebihan bayaran Kementerian Belia & Sukan RM8.4 juta. 14. Kompleks sukan di London RM70juta (gajah putih) 15. Baikpulih bangunan MATRADE RM120 juta. 16. Kos jet yang diguna PM RM200 juta. 17. Ganti rugi bina jambatan bengkok RM257 juta. 18. Rugi urusniaga Augusta RM510 juta. 19. Kehilangan wang kerajaan melalui AP RM1.8 bilion setahun. 20. Senggara kapal KD Tunku & KD Tun Razak (bakal jadi artifak muzium) RM4.1 bilion. 21. Pembinaan/senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut RM6.75 bilion. 22. Rugi Perwaja Steel RM 2.56 bilion. 23. Guna dana awam untuk operasi Valuecap Sdn.Bhd. RM10bilion. 24. Skandal kewangan Bank Islam RM700 juta. 25. Penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra untuk 10 tahun RM500 juta. 26. Yuran penasihat setiap tahun untuk DR.M RM180 ribu / Shahrizat RM404,726 ribu. 27. PPSMI yang gagal RM3.2 bilion. 28. Komisen dua syarikat mengendali pembelian kapal selam kepada Perimekar Sdn.Bhd. & IMT Defence Bhd. RM910 juta. 29. Baiki bangunan parlimen bocor RM100 juta. 30. Kos PLKN setahun RM500 juta. 31. Tanggung rugi Eye of Malaysia RM30 juta. 32. Beli dakwat kekal tetapi tak digunakan RM2.4 juta. 33. Bayar ganti rugi kepada 20 syarikat pengendali lebuhraya RM38.5 bilion. 34. Rugi MAS RM7.9 bilion setiap tahun. 35. Rugi sistem pengangkutan Putra RM4.486 bilion. 36. Rugi STAR-LRT RM3.256 bilion. 37. Rugi lebuhraya Seremban – Port Dickson RM142 juta. Ini sebahagian kecil sahaja, masih banyak lagi penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat, ingatlah Sabda Nabi s.a.w.:-“Sebutl ah kejahatan orang yang fasik, supaya manusia menjauhinya” (At-Tabrani). Pakatan Rakyat yang kompenonnya PAS, PKR dan DAP tidak terlibat dengan penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Pemimpin MCA terlibat dalam kes PKFZ dan menentang hudud sehingga hendak adakan `benteng’ manusia di parlimen untuk menghalang PAS bawa usul hudud dan Gerakan hantar bantahan kepada PAS, DAP tidak menentang hudud seperti MCA dan Gerakan, tetapi DAP hanya bercakap dari sudut perlembagaan. ITU BELUM DUA EKOR PANDA DISEWA RM25JUTA... Suara Rakyat Kunak

Tiada ulasan: