Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 20 September 2013

Pemimpin BN Harus Mencontohi Pemimpin Negara Jepun?



Selamat Menyambut Hari Malaysia

Kita harus bersyukur dijadikan sebagai manusia dari ketueunan Adam dan Hawa yang cukup sempurna dari  segala bentuk rupa dan akal berlainan, tapi kadang kadang sebahagian manusia tidak mengunakan otaknya dengan berfikir untuk memajukan dirinya atau orang lain.

Seperti yang kita ketahui pada PRU 13, Pakatan Rakyat mengunakan manifestonya yang terbaik didunia pada masa kini, kalau dibandingkan dengan manifesto BN jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat, mengapa Rakyat masih lagi memilih BN sebagai peneraju Kerajaan?

Pada PRU 13, Pakatan Rakyat menang mejoriti 53% berbanding BN 47% diatas sokongan Rakyat Malaysia, tapi BN yang menjadi tajuk Kerajaan, disebabkan Negara Malaysia bukan seperti Negara Amerika yang mengunakan Presiden.

Dalam soal ini kita tidak boleh menyalahkan Rakyat 100% tidak memilih Pakatan, ini semua disebabkan Demokrasi di Malaysai tidak diamalkan sepenuhnya bagi parti lawan, hanya parti BN yang mengunakan sepenuhnya agar pemerintahan dimalaysia dapat diteruskanya sebagai pemerintah.

Negara Malaysia tidak akan berubah dari segi kemajuan jika jawatan yang penting masih lagi disandang oleh pemimpin terdahulu, sebagai pemimpin kena berani melepaskan jawatanya demi Negara dan Rakyat, jika pemimpin tersebut hanya ingin menjaga kepentinganya dalam sebuah Kerajaan, maka Negra dan Rakyat yang menanggung derita.

Pemimpin di Malaysia harus mencontohi Negara matahari terbit Jepun, pemimpinya akan melepaskan jawatanya jika pentadbiranya tidak dapat memajukan Negaranya dan Rakyatnya, cuba kita lihat Negara Jepun maju dari segala bentuk teknologi mau pun pembangunan dan seterusnya Rakyatnya.

Mengapa pemimpin di Malaysia tidak sedemikian? disebabkan kebanyakan mereka takut kehilangan segala galanya, walau pun Negara dan Rakyatnya menderita dibawah paras kemiskinan, asalkan mereka pemimpin terus berkuasa.

Semuga pemimpin yang akan datang dapat memajukan Negara Malaysia dan Rakyatnya dari hasil bumi Malaysia yang kaya dari sumber alam disetiap Negeri dimalaysia.

Suara Rakyat Kunak

Tiada ulasan: