Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Sabtu, 13 Julai 2013

BN Tungku Gagal Membela Nasib Penduduk Tungku.

Salam Ramadan,

Saya menulis perkara ini adalah kerana saya lihat penduduk Tungku yang diwakili oleh YB BN tidak ambil tahu permasalahan Penduduk Tungku setelah sekian lama dialami oleh Penduduk Tungku.

Pertama, Permasalahan kebun yang telah diukur oleh Jabatan Tanah sudah puluhan tahun Penduduk Tungku hanya memegang PT, mengapakah Kerajaan BN tidak perihatin dengan permasalahan ini, tahukah anda BN, mereka yang bercucuk tanam ditungku sudah sampai keenam jenerasi tinggal ditungku masih lagi memegang PT.

Kedua, Letrik ditungku hampir setiap hari Blackout dalam masa dua jam, mengapakah YB Tungku tidak nak ambil tahu perkara ini.

Ketiga, Air ditungku kadang kadang hanya malam baru hidup air,

Kempat, Pejabat Daerah Tungku selalu tidak ada penghuni, yang ada hanya kereta jabatan yang parking depan Pejabat Daerah Tungku.

Kelima, Masih banyak lagi jalan kampung tidak diperbaiki.

Keenam, Masih banyak lagi rumah PPRT tidak dibahagikan kepada yang memerlukan.

Dimana selogan BN, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan, ini semua sama juga Rakyat dibelakangkan Pemimpin Diutamakan.

Suara Rakyat Kunak

Tiada ulasan: