Sambungan tukar milik tanah di Tanjung Berjaya Ulu Tungku Lahad Datu Sabah seramai 80 peserta tanpa pengetahuan para peserta.
Disini ingin saya maklumkan bahawa penukaran nama tersebut dibuat atas penyerahan PA untuk mengambil kayu balak pada tahun 1987, namun PA mengambil kayu balak tersebut ditambah penjualan kebun tersebut oleh ketua peserta sebagai penjualan kebun tanpa pengetahuan peserta tersebut.
Pada tahun 1996 semua gran yang dimiliki oleh peserta tersebut telah dipindah milik melalui peguam MESSRS Datu Nasrun & Advocates & Solicitors 1ST Floor, Lot 1, Block 22 Sedco Complex, Jalan Bunga Raya P.O. Box No. 60346 91112 Lahad Datu, Sabah, kepada FONG LI CHOON dengan title NT khas untuk anak Negeri Sabah Sahaja.
Keselahan tersebut, yang saya dapati, seperti, dari PA mengambil kayu ditamabah ke menjual kebun, NT sepatutnya tidak boleh dimiliki oleh bukan anak bumi, tanda tangan bukan orang yang diatas nama gran tersebut, ini adalah satu kesalahan penipuan yang akan saya ambil tindakan undang undang kes penipuan, kepada yang terlibat dalam kes ini kita akan jumpa dimahkamah.
Keseluruhan keluasan tanah tersebut lebih kurang 1178 ekar dimiliki dengan lebih kurang 80 peserta, ada sebahagianya telah pun meninggal dunia, tetapi tak apa, kesemua ada waris kebun tersebut..
Untuk menguatkan lagi dakwaan saya keatas Penipu tersebut, saya akan mengumpul beberapa lagi bukti sebagai kekuatan pendakwaan keatas Penipu tersebut..Wassalam
Suara Rakyat Kunak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan