Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Sabtu, 3 November 2012

BN Sabah Perlu Ditumbangkan Pada PRU 13 ???



Salam 1 Malaysia Dan Salam Refomasi

Mengapa BN Sabah  perlu ditukar ke parti Pakatan Rakyat?
Kerana Negeri Sabah dibawah pentadbiran BN dan kepimpinan DS Musa Aman tidak pandai menjaga Negeri yang ditadbir dan Rakyatnya.

Sejak Negeri Sabah ditadbir oleh pemimpin BN hampir 20 tahun yang lalu telah berjanji dalam menisfetonya, akan menjadikan Negeri Sabah maju dalam 100 hari, tapi sehinggah sekarang hampir lebih 60 ribu hari kerajaan BN Sabah telah membawa Negeri Sabah yang paling termiskin di Malaysia.

Sedangkan Negeri Sabah yang kita ketahui adlah dipenuhi dengan hasil bumi yang tidak ada di Negeri Negeri lain di Malaysia yang kaya dengan kayu balak, hasil minyak sawit 7% dicukai oleh kerajaan Sabah, getah, koko, minyak dan macam macam lagi hasil bumi yang ada di Negeri Sabah.

Jika kita bandingkan Negeri Sabah dan Negara Singapura jauh lebih kecil dan Singapura pula hanya menghasilkan pungutan cukai dari hasil pelabuhan dan cukai setempat tetapi mengapakah Negara Singapura boleh tersenarai sebagai yang ke 5 Negra terkaya di Dunia.

Kerana Pemimpinya di Negara Singapura tidak mengamalkan rasuah, mengahargai Rakyatnya yang telah melantik mereka menjadi Pemimpin di Negara mereka singapura dan kekayaan Negara dikembalikan kepada Rakyat sebagai kemudahan awam untuk Rakyatnya.

Mengapakah Pemimpin BN Sabah tidak boleh mencontohi pemimpin Singapura menjaga Rakyatnya yang telah memenangkanya diwaktu pilihan raya sebagai pentadbir Negeri dan untuk memajukan Negeri Sabah sebagai Negeri yang terkaya di Malaysia?

Kerana ramai diantara pemimpinya hanya menjaga kepentingan diri mereka, keluarga dan karoni mereka, dengan selogan Rakyat ditinggalkan, Karoni didahilukan, inilah dia pemimpin BN Sabah.

Seperti Ketua menteri sabah sekarang dah berapa penggal menjadi Ketua Menteri Sabah, adakah dia perihatin dengan Rakyatnya dan Negeri Sabah yang menjadikan Negeri termiskin di Malaysia?
semua ini tidak ada dalam memori kehidupanya untuk menjadikan Rakyatnya senang dan menjadikan Negeri Sabah yang terkaya di Malaysia.

Pada PRU 13 Rakyat Sabah harus berubah demi Negeri yang kita sayangi kita tukar dari pemimpin BN tukar gantikan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, agar pemimpin Pakatan Rakyat dapat mengembalikan hasil bumi Sabah kepada Rakyat Sabah.




Tiada ulasan: