Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 12 Mac 2012

Cerita Cerita Bakal Calon BN Dun N-51 Kunak Pada PRU 13..

Salam 1 Malaysia Dan Salam Refomasi..

Dalam tempoh masa tambahan didalam Politik sekarang, dimana sahaja para peminat Politik, tajuk utama diwaktu bersembang dikedai kopi ialah soalan siapa bakal calon BN? ada juga yang menafsir si anu, atau si anu, atau pu aku sendiri, tapi dalam hatilah..

BN di Dun N-51 Kunak telah hampir 5 penggal mentadbir Kunak, calon yang dipilih pengundi Dun kunak, dari kaum mejoriti, kalau saya lihat kemajuan dari segi ekonomi Penduduk kunak belum mencapai sasaran yang diperlukan oleh penduduk Kunak.dimanakah silap nya?

Pada PRU 13 bagi pandangan saya secara peribadi, Dun N-51 Kunak akan maju dan membangun dari segi ekonomi jika bakal calon diletak dari kaum menoriti, jika ada yang terasa diatas pandangan saya, saya mohon maaf, kerana ini adalah hakikatnya yang perlu diambil perhatian oleh pucuk kepimpinan.

Jika pemimpin Pusat tak percaya pandangan saya cubalah, jika pandangan saya salah jangan letak lagi pada masa hadapan, kerana pepatah melayu menyatakan, belum cuba, belum tahu, maka cubalah letak calon dari kaum menoriti pada PRU 13, jika mahu lihat Daerah Kunak akan membangun dari segi pembangunan dan ekonomi penduduk Kunak.

Sebenarnaya Daerah Kunak masih banyak lagi hasil bumi yang belum diterokai, termasuk yang sudah diterokai seperti, perladangan, perikanan, sarang burung, dan banyak lagi yang masih tersembunyi, jika pentadbirnya bijak Daerah Kunak, akan maju, cepat munkin dan penduduk Kunak tidak ada yang merantau ke- semenanjung untuk mencari pekerjaan seperti sekarang ini.

Untuk mengahari tulisan saya, saya berharap, kepada Pucuk Pemimpin, berilah peluang kepada kaum menoriti di dun n-51 kunak untuk menjadi calon pad PRU 13, jika ingin lihat, daerah Kunak membangun keseluruhanya.. wallahualam.


Tiada ulasan: