Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 10 Februari 2012

Persaingan Bakal Bakal Calon PRU 13 Diantara BN/Umno Dan PR/PKR Munkin Sengit,,?

Salam 1 Malaysia Dan Salam Refomasi..

Perkara utama dalam setiap PRU ialah bakal bakal calon yang telah melobi kini dulu dan selamanya, kalau bakal bakal calon BN/Umno di Dun N-51 Kunak, cukup ramai sehinggahkan dari luar Daerah pun ingin mencuba nasib, entah mengapa? apakah keistmewaan di Daerah kunak? munkinkah diDaerah Kunak mempunyi lubuk emas? tepuk dada tanya selera.

Bagi bakal bakal calon PR/PKR juga telah mula meningkat pelobinya, walaupun yang melobi tahu dirinya tidak berpotensi tapi masih juga terus melobi, cuma perbezaanya tak ramailah, adalah dalam 4-5 orang, ada peningkatan dari PRU sebelumnya, munkin pelobi ini tahu bahawa Pakatan Rakyat sudah hampir berpindah ke- Puterajaya pada PRU 13.

Bagi bakal bakal calon BN/Umno, dari 24 orang yang melobi, hanya tinggal 7 orang yang masih kekal didalam senarai pelobi, yang selebihnya, dah gulung tikar, ada juga yang bangkrut, ada juga yang sudah mula berjinak jinak dengan ketua PKR diKunak, apa lagi ketua PKR Kunak, makin temberang kacanglah dia, kerana makin ramai yang ingin melobi calon dari BN/Umno untuk calon di PKR.

Tapi dari bakal bakal calon PR/PKR dan calon BN/Umno, yang uniknya diDaerah Kunak, hampir setiap hari minum/makan bersama, kadang kadang gurau senda tanpa mengira kepahaman Politik, kerana mereka adalah kawan sejak kecil lagi, tapi kalau pasal bayar, mestilah orang BN/Umno, sebab mereka adalah peniaga peniaga yang berjaya, sedangkan dari PKR, ada juga yang berjaya, cuma berjaya bini 2-3 orang, tapi dikira berjaya juga.

Tapi kalau dilihat permasalahan Politik BN/Umno diDaerah Kunak, besar permasalahanya, kerana berpuak puak, kawan hentam kawan, masing masing bakal bakal calon letak orang kuat dihadapan, tapi bukan kuat gadoh, kuat makan.

Tapi yang saya masih terfikir, apakah Dato, Nilwan Kabang YB sekarang di Dun kunak tidak lagi dicalonkan pada PRU 13, sedangkan Dato, Nilwan, baru berkhidmat 1 penggal menjadi YB di Dun Kunak, masih banyak lagi janji janjinya pada PRU 12 yang belum sempat dilaksanakan, sedangkan dia pun masih sihat walfiat, kalau pasal kelalaianya dalam tugasnya sebagai YB, di Dun kunak, bagi pandangan saya dia lagi banyak memberi perubahan di Dun Kunak daripada YB di Dun Tungku, mengapa saya cakap Dun Tungku terok?

Kerana saya tahu YB di Dun Tungku, terok, hampir setiap minggu saya kesana lihat kebun saya, jalan disetiap perkampungan, tak ada perubahan, rumah PPRT, hanya karoni yang dapat, Lampu/Api hampir setiap 2 jam mati, kalau pasal air, nasib Tuhan selalu turunkan hujan, kalau diharap air jabatan air Tungku, sempat kering lubang burit, baru ada Air,  kalau pasal jalan besar ke Tungku, hanya Malaikal Maut yang tahu lubang lubang sehinggahkan pemandu kenderaan yang gunakan jalan Tungku, mesti kena pandai bersilat, keran banyak lubang lubang besar yang boleh menjahanamkan tayar kenderaan, pendek kata, YB Tungku, perlulah ditukar pada PRU 13, dia tidak berkhidmat untuk penduduk Tungku, hanya berkhidmat pada Karoni sahaja.

Hanya pandangan saya sebagai orang Kunak, jikalah ditakdirkan Datuk, Nilwan tidak dicalonkan pada PRU 13, siapa pulak yang layak mengantikan tempatnya? munkinkah calon Impot akan mengantikan tempatnya? sedangkan orang Kunak BN/Umno mahukan orang Kunak yang akan mengantikan YB Nilwan, jikalah dia tidak dicalonkan lagi pada PRU 13, tapi siapa? kalau bagi pandangan saya sebagai musuh Politik BN/Umno yang paling layak mengantikan YB Nilwan adalah ? calon ini munkin tidak ada saingan dari pihak PR/PKR, sebab kehebatanya walau pun belum lagi jadi YB, dia sangat perihatin dengan penduduk Kunak, hanya sekadar pandangan.

Tapi bagi saya yang memwakili PR/PKR Kunak, saya lagi suka jika dia tidak dicalonkan, kerana kami dari PR/PKR masih mempnyi peluang/harapan untuk menang dalam PRU 13, kerana kita ada beberapa isu isu yang masih belum dilaksanakan sejak PRU 11 lagi belum dilaksanakan oleh YB YB yang terdahulu, hanya inilah peluang kami dari PR/PKR sebagai peluru pada PRU 13.

Hanya sampai disini dulu penulisan saya untuk kali ini, saya akan menyambung penulisan saya mengenai bakal bakal calon BN/Umno dan PR/PKR dari masa ke semasa seterusnya sampai suis PRU 13 dipijit oleh PM kita DS Najib Tun Abd Razak apabila tiba masanya. Wasallam


Tiada ulasan: