Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Jumaat, 17 Februari 2012

Mengapa Setiap Akan Diadakan PRU Ramai Yang Nak Melobi Menjadi Calon BN?

Salam 1 Malaysia Dan Salam Refomasi.

Mengapa ramai yang akan melobi nak menjadi calon BN setiap PRU akan diadakan? perkara ini hampir setiap akan diadakan PRU sangat ramai pelobi yang ingin nak menjadi calon BN di Kunak, dah menjadi teridisi, dalam BN di Kunak, sehinggahkan terdapat 25 orang pelobi Dun yang paling ramai pelobi diseluruh Dun di Malaysia.

Apakah keistimewaanya menjadi YB di Kunak? atau pun dimana2 sahaja di Malaysia? sedangkan gaji YB dalam lingkungan Rm7 k sebulan, jika dibandingkan perbelanjaan seorang YB melebihi dari gaji kerana jika YB di Sabah rumah ke 2 nya di Kota Kinabalu, banyak perbelanjaan luar jangka.

Jika ingin menjalankan amanah sebagai sorang YB/Pemimpin yang betul betul nak membela nasib Rakyat bukanlah senang, kerana amanah yang ditanggung jika kita tidak amanah dan mengabaikan Rakyat maka akan dituntut diakhirat kelak.

Lain pulak ceritanya dari PR, tak ramai yang nak melobi menjadi calon dalam setiap PRU yang akan diadakan, perbedaan ini amat ketara, munkin orang cakap sebab Parti Pembangkang, tapi jangan lupa ada 4 buah Negeri PR bukan Pembangkang BN yang Pembangkang.

Dalam Pakatan Rakyat selogan yang kita pegang ialah, disetiap Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat mestilah Rakyat diutamakan, hasil Negeri dikembalikan kepada Rakyat, kerana Rakyat yang melantik kita menjadi YB, dan Rakyat adalah Pengurus dan YB adalah pekerja.

Tapi lain pulak dalam BN, YB/Pemimpin adalah Pengurus dan Rakyat adalah pekerja hasil Negeri susah nak dikembalikan kepada Rakyat, kerana kebanyakan Negeri yang ditadbir urus oleh Parti BN kurang keuntunganya, macam mana nak dibahagikan kepada Rakyat, itulah perbedaanya diantara 2 Parti besar di Malaysia.

Mari kita lihat di Negeri Sabah, BN/Umno sudah 18 tahun mentadbir urus Negeri Sabah, dalam 18 tahun BN/Umno mentadbir Negeri Sabah adakah pemberian percuma yang diperolehi oleh Rakyat Sabah, seperti di Negeri Selangor, air percuma 20 meterpadu setiap Rakyat yang mengunakan meter air, sedangkan Negeri Selangor belum pun 4 tahun PR mentadbir Selangor, dan ada 13 perkara dalam Negeri Selangor yang dikembalikan kepada Rakyat Selangor didalam keuntungan hasil Negeri Selangor.

Jika nak dibandingkan purata hasil Negeri Sabah dan Selangor, Negeri Sabah Negeri yang ke 2 terbesar di Malaysia di belakang Negeri Sarawak, kalau hasil bumi di negeri Sabah, macam macam ada, macam diastro, seperti, hasil minyak sawit 7% dicukai oleh Kerajaan Negeri Sabah, minyak dan gas, getah, koko, kayu balak, hasil laut yang tiada tolok bandingnya di semua Negeri di Malaysia, tapi mengapakah Negeri Sabah menjadi Negeri yang paling miskin di Malaysia, dimana silapnya pentadbiran BN/Umno mentadbir urus hasil Negeri Sabah?

Jadi kesimpulanya soalan diatas, mengapa tersangat ramai yang ingin menjadi calon BN/Umno di Dun Kunak kahsnya dan dan disetiap Dun di Malaysia amnaya. jadi jawapanya ada didalam kemana hasil Negeri Sabah sejak BN/Umno mentadbir urus Negeri Sabah sejak 18 tahun yang lalu.

untuk menghari tulisan saya pada kali ini, saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih, ketemu lagi dilain coretan. Wassalam


Tiada ulasan: