Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 22 Februari 2012

Gelagat Bakal Bakal Calon BN/UMNO Dan YB YB Di P-188 Silam..?

Salam 1 Malaysia Dan Salam Refomasi..

PRU 13 semakin hari semakin hampir, tinggal tunggu masa suis PRU 13 akan ditekan oleh PM kita, hanya menunggu saat, masa yang sesuai akan diletupkan, semua pemimpin Parti Politik, kehulu kehilir memberi ceramah untuk menarik keyakinan Rakyat bahawa merekalah yang harus duduk di Putera Jaya dalam tempoh masa 5 tahun lagi untuk membela nasib rakyat, tuduh menuduh adalah modal utama untuk memburukan musuh mereka.

Perbedaan ceramah Parti BN/Umno mengunakan TV , Radio dan akbar akbar untuk menerangkan kepada Rakyat bertapa hebatnya Parti mereka, kerana Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan, dan modal yang terbesar bagi BN/Umno pada kali ini, pembahagian BRIM bernilai rm500 kepada Rakyat yang berpendapatan rm3,000.00 kebawah, hampir 5.2 juta Rakyat Malaysia yang menerimanya, ini adalah peluru yang amat berkesan bagi Rakyat/Pengundi yang menerimanya sebagai hadia untuk PRU 13.

Bagi Parti Pakatan Rakyat pulak, ceramah untuk memberi keyakinan Rakyat betul betul sampai ketelinga/mata Rakyat untuk menerangkan kepada Rakyat tentang segala kesalahan/kesilapan Parti pemerintah BN/Umno sejak mentadbir Negara Malaysia sejak 56 tahun yang lalu, dimana hak Rakyat tidak dikembalikan kepada Rakyat dan segala salah guna kuasa BN/Umno.

Pada PRU 12 kekuatan Parti Pakatan Rakyat yang diwakili oleh, PKR, DAP dan PAS sudah mula menunjukan taring dapat menguasi 5 Negeri dan menghalang Parti BN/Umno mendapat 2/3 didewaan Parlimen, cuma 1 Negeri iaitu Negeri Perak dapat dirampas semula oleh Parti BN/Umno kerana ada beberapa Katak Katak melompat keluar dari Parti Pakatan Rakyat melompat masuk keparti BN/Umno dalam keputusan kehakiman yang diwakili 5 orang Hakim sebagai penentu, siapa yang berhak mentadbir Negeri Perak, maka keputusan berpihak kepada BN/Umno.

Inilah kehebatan Negara Malaysia dimana untuk memutuskan siapa yang patut mentadbir sesebuah Negeri hanyalah diberi mandat kepada 5 orang Hakim dimana tidak ada sesebuah Negara didunia menentukan siapa yang mentadbir sesebuah Negeri terletak ditangan Hakim, ganjil bin ajaib maka terpaksalah Pakatan Rakyat mengalah dan menyerahkan kuasa Negeri Perak tanpa kerelaan hati dan penuh tanda persoalan dimana BN/Umno mengambil Negeri perak dengan kuasa Hakim.

Calon untuk PRU 13 bagi calon BN/Umno masing masing menunjukan taring mereka bahawa merekalah yang layak bertanding menjadi calon  pada PRU 13, ada juga yang memburuk burukan saingan saingan mereka masing masing agar mendapat perhatian dari Pemimpin atasan BN/Umno dengan lontaran kata kata kesat kepada saingan mereka masing masing, inilah dia orang BN/Umno.

Bagi YB YB BN/Umno dari setiap Dun pulak yang diwakili, Dun N-49 Tungku, Dun N-50 Lahad Datu dan Dun N-51 Kunak masing masing hendak mempertahankan kedudukan mereka agar dapat terpilih semula pada PRU 13 sebagai calon BN/Umno didun mereka masing masing.

Bagi  YB Salleh Hj Kalbi selaku wakil Parlimen P-188 Silam, dimana Parlimen yang diwakilinaya amat mencabar sekali diantara seluruh Parlimen di Malaysia yang terluas, terpanjang dam teramai pengundi berdaftar seramai lebih kurang 70 ribu orang.

Lain pulak ceritanya bagi kursi P-188 Silam, bagi mereka yang ingin merebut sebagai calon BN/Umno pada PRU 13 di P-188 Silam, mengunakan propganda/ memburukan calon yang sedia ada menyeru meletakkan jawatan sebagai YB sebelum PRU 13, kerana beliau dikatakan tidak layak duduk sebagai YB kerana banyak menjanjik projek projek kepada penduduk Silam belum ditunaikan, sehinggahkan mengelar YB Salleh, sebagai YB janji.

Tetapi pandangan saya sebagai seorang pemerhati dan berada dalam kedudukan Parti pembangkang saya lihat YB salleh Hj Kalbi sebagai wakil Rakyat di Dewan Parlimen P-188 Silam, penuh dengan tanggungjawab yang tidak pernah dimiliki mana mana bekas YB yang pernah menjadi YB di Parlimen P-188 Silam sebelum Hj Salleh, dan YB Salleh amat menghargai masa jika dijemput merasmikan salah 1 acara dimana dia dijemput, dialah YB Salleh hadir lebih awal ditempat perasmian, inilah jiwa seorang Pemimpin, bagi pandangan saya secara peribadi, dia YB Salleh layak meneruskan menjadi calon P-188 Silam pada PRU 13.

Diwaktu kehadiran DS Najib baru baru ini di N-49 Tungku untuk merasmikan rumah PPRT di Kg Nala Tungku, pada 17/02/2012, dialah YB Salleh yang paling awal sampai, walau pun dia menanti ketibaan DS Najib disebuah Restoran di Tungku tapi sayang sekali, YB Suhaili Hj said YB N-49 Tungku tidak menghargai dia Hj Salleh sebagai YB Parlimen Silam, kerana dalam pertokol nama YB Salleh tidak disenaraikan sebagai  yang turut hadir oleh YB Suhaili Hj Said, inilah masalah YB YB BN/Umno masing masing hanya ingin menaikan nama mereka sahaja.

Didalam kesempatan tulisan ini juga saya ingin memaklumkan dalam ucapan DS Najib pada masa ucapanya memberi harapan penuh kepada Penduduk Tungku bahawa YB Suhaili menjalankan amanahnya sebagai YB yang bertangung jawab kepada penduduk Tungku melaksanakan semua yang diperlukan oleh penduduk Tungku, dan kata DS Najib juga, YB Suhaili berkata benar kerana dia adalah salah seorang Pemimpin Jahins Pusat, dan tidak pandai berbohong, dan pada masa itu juga, berteriak seorang macik dibelakang dimana tempat tetamu duduk, ( Pembohong !!! munlin juga benar apa yang dikatakan macik tersebut, bahawa YB Suhaili pembohong, kerana dalam 3 Dun dalam P-188 Silam, hanaya Dun N-49 Tungku yang ketara tidak ada perubahan dar Dun lain, kalaulah hanya sekadar rumah PPRT, yang dibanggakanya, yang dapat pun rumah PPRT, hanyalah keluarga dan kaum kerabatnya sahaja, dia YB Suhaili tidak seharusnya dicalonkan semula pada PRU 13.

Bagi penguna jalan raya dari Lahad Datu ke Felda Sahabat kehadiran DS Najib ke Tungku adalah 1 rahmat bagi mereka, kerana semua jalan yang rosak sejak beberapa tahun lamanya rosak telah diperbaiki oleh kontraktor agar belangnya tidak diketahui oleh Pemimpin no 1 di Malaysia iaitu PM DS Najib Tun Abd Razak.

Bagi menghairi tulisan saya pada kali ini, saya ucapkan ribuan terimah kasih. Wassalam

Tiada ulasan: