Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 14 Februari 2012

Dun N-49 Tungku Wayang Kulit Sudah Bermula..

Salam 1 Malaysia Dan Salam Refomasi.

Kahadiran DS Najib Tun Abd Razak pada 17-02-2012 di Kg Nala Tungku ibarat penduduk Tungku mendapat durian runtuh dari YB Tungku Datuk Ustas Mohd Suhaili Hj Said, kerana selama ini Dun N-49 Tungku ibarat Dun yang tidak mempunyi YB, adapun projek seperti projek PPRT yang akan di rasmikan oleh DS Najib pada 17-02-2012 di Kg Nala Tungku lebih kurang 100 buah rumah hanyalah sekadar nama, kerana yang dapat PPRT tersebut seperti keluarga, karoni dan sahabat handai walaupun ada diantaranya dah dapat 1-2 kali PPRT masih lagi tersenarai namanya dalam senarai penerimaan PPRT.

Kg Nala Tungku suda mula bercahaya kerana wayang kulit mula dipasang disana sini sebagai perhiasan untuk menunjukkan bahawa YB di Tungku banyak membuat perubahan untuk penduduk Tungku, ini semua wayang kulit demi kehadiran DS Najib.

Kalau dilihat papan tanda yang diletak dipersimpangan jalan Kg Nala ke jalan masuk rumah PPRT, gambar yang diletak disebelah kiri gambar DS Najib dan DS Rosma, disebelah kanan gambar DS Musa dan YB Datuk Ustas Mohd Suhaili Hj Said, sedangkan Tungku di bawah Parlimen P-188 Silam iaitu YB Salleh Hj Kalbi, tak adapun diletak gambar YB Salleh sebagai Ahli Parlimen Silam, sedangkan yang hadir DS Najib wakil persekutuan, dimana silapnya YB Suhaili?

Jikapun dia dicalonkan pada PRU 13 hanya kerana dia kerabat DS Musa Aman, bukan kerana kerjanya sebagai YB banyak memberi perubahan kepada Dun Tungku, diantar 3 Dun diParlimen P-188 Silam, Dun Tungku lah yang amat mundur sekali dari segi pembangunan.

Jika Dibandingkan disantara 3 Dun di Silam khasnya dan di Sabah amnya, hanya Kg Tungku yang ada terdapat penduduk Kampung yang mempunyi kedudukan sampai jenerasi ke-6 sehinggah kini, tetapi mereka tidak diambil perhatian, adapun keluarga mereka memohon PPRT, jalan dan apa yang sepatutnya perlu dipohon tidak diambil perhatian oleh YB Datuk Ustas Mohd Suhaili Hj Said, munkin mereka bukan keluarga atau keranbatnya.

Dengan akhir kata, YB Datuk Ystas Mohd Suhaili Hj Said perlu ditukar pada PRU 13, demi kemajuan Tungku, sekian bersambung dilain coretan. Wasallam.

Tiada ulasan: