Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 16 Ogos 2011

Face Book Suara Rakyat Kunak Telah Diceroboh Masuk Ditukar Jadi Pelembang Berkuasa..

Salam 1 Malaysia Dan Salam Ramadan.

Pada 13/08/2011 tepat jam 7.50 malam Face Book ( Suara Rakyat Kunak ) saya telah di ceroboh masuk oleh musuh dalam Politik yang tidak bertanggung jawab, sehinggahlah ke hari ini dan saat ini belum dapat lagi saya pulihkan.

Yang paling menjengkelkan saya FB saya atas nama ( Suara Rakyat Kunak ) ditukar nama ke- Pelimbang Berkuasa, nama ini bagi pandangan saya hanyalah untuk mengelirukkan untuk menjejakinya daripada saya dapat kesan oleh penceroboh tersebut..

Sejak FB saya di ceroboh masuk, saya bertungkus lumus 24 jam sehinggah saat saya menulis catatan ini, untuk memulihkan semula untuk mendapatkan semula FB saya Suara Rakyat Kunak.

Saya juga berterima kasih kepada Rakan Rakan FB, di mana membantu saya dari segi buah fikiran dan tunjuk ajar untuk memulihkan semula FB saya.

Saya juga ingin memperingatkan Rakan Rakan yang memiliki FB agar berhati hati jika ada pesanan persendirian yang masuk ke FB anda, dengan cara inilah mereka ( Penceroboh ) dapat mengesan Paswood dan alamat e-mel kita.

Dia ( penceroboh ) telah memberi amaran untuk menceroboh masuk ke Bloog Suara rakyat Kunak, dan juga menulis dengan perkataan, jari Suara dah tak berfungsi, dan mennulis di gambar FB saya, dengan perkataan, :" HACKED " dan menulis Sayonara, kepada Suara Rakyat Kunak, untuk melihatnya, sila lawati FB, Suara Rakyat Kunak.

Dalam kesempatan ini dalam bulan Ramadan ini, saya memohon kepada Allah agar memberi petunjuk kepada Peceroboh FB saya agar kembalilah kepangkal jalan, jangan kita hidup perupa Manusia, tapi hakikat hati kita macam sifat Binatang. Wallahuallam.

Tiada ulasan: