Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Sabtu, 23 Julai 2011

Siri ( 1 ) Pekebun Kecil Tingkayu Kunak Memohon Pembelaan Dari DS Musa Aman.

Salam 1 Malaysia Dan Selamat Menyambut Ramadan Al, Mubarak.

Suarat terbuka ini saya tujukan kepada Ketua Menteri Sabah, YB, DS Musa Aman,

Hasil mesyuarat ahli ahli pekebun kecil pada hari ini pada 23/07/2011 pada jam 3.00 petang, dan berakhir pada jam 5.00 petang, yang di pengurusikan oleh En Yadum Athal, bersama ahli jawatan kuasa nya, dan turut hadir ahli pekebun kecil seramai 141 orang yang telah di adakan di balai raya madai kiulu

Dalam keputusan mesyuarat tersebut, mereka pekebun kecil di halang untuk mengambil buah mereka di kawasan yang mereka tanam iaitu di dalam kawasa seluas 3311 ekar oleh Syarikat Merityield Sdn Bhd, oleh samseng samseng yang di letak oleh Lew Chu Peng.

Mereka juga pekebun pekebun kecil telah membuat laporan Polis di balai Polis Kunak, tetapi jawab seorang angota Polis, pekebun kecil boleh buat laporan, tapi mereka Polis tidak akan ambil tindakan, mengapa?  kata seorang Polis itu, kawasan yang mereka ambil buah adalah hak Merityield, sedangkan Gran dan Injunksi masih lagi hak pekebun kecil, dan Kaeviet ke atas Gran masih lagi berjalan sepenuhnya.

Yang mengherankan, mengapakah Polis Kunak, tidak mahu menerima laporan pekebun kecil? sedangkan Injungsi untuk pekebun kecil masih lagi berjalan, di manakah tangungjawab Polis Kunak sebagai penjaga keamanan orang awam? apakah hanya menjaga kepentingan Syarikat Merityield sahaja?

Untuk pengetahuan DS Musa Aman, pada tahun 1986, permohonan Koprasi Tingkayu, telah di batalkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Lahad Datu, tetapi dengan kuasa Rm, maka permohonan tersebut telah di hidupkan kembali oleh Taukea Rm yang memiliki Gran sekarang.


Mereka pekebun kecil menuntut hak mereka, oleh kerana, pada tahun 1981, mereka telah memasuki kawasan tersebut untuk berkebun menanam sawit, dan sebelum penanaman sawit, kawasan tersebut, telah di Pohon oleh Syarikat Koprasi Tingkayu Bhd, untuk mengambil kayu balak, selepas mereka habis mengambil balak, kawasan tersebut terbiar, dan penduduk Kampung, telah memeriksa status Koprasi, pada tahun 1986 telah pun di batalkn oleh Jabatan Tanah dan Ukur Lahad Datu.

Dengan itu, semua Ahli Pekebun Pekebun Kecil Tingkayu yang seramai 171 peserta memohon jasa baik Ds Musa Aman untuk menarik balik Gran tanah Merityild Sdn Bhd di tarik balik demi keadilan dan mengembalikan kepada pekebun kecil tingkayu, mereka adalah yang berhak mendapatkan Gran..

Tiada ulasan: