Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 24 Julai 2011

Lahad Datu, 5 Orang Angota Polis Menyerbu Hotel Seperti Samseng..

Salam 1 Malaysia Dan Selamat Menyambut Ramadan Al, Mubarak.


Gambar diatas hanya hiasan

Pada lebih kurang jam 11.30 malam di sebuah hotel yang bernama Hotel Royal Palm & SPA datang sekumpulan angota Polis seramai 5 orang mengunakan pakaian biasa telah mengetuk pintu hotel yang bernombor xxx di tingkat 1 hotel tersebut dengan motif mereka mendapat laporan bahawa terdapat 2 orang penjenayah seorang lelaki dan seorang wanita telah menginap di hotel pada malam kejadian.

Ada di antara angota Polis tersebut mengunakan selipar jepun, beberapa kali angota Polis mengetuk pintu bilik hotel tersebut tanpa memperkenalkan diri pada penghuni hotel tersebut, di dalam bilik hotel tersebut di diami 2 orang gadis berumur 18 & 22 thn, kerana takut gadis2 tersebut tak mahu membuka pintu hotel tersebut kerana sudah lewat malam.

Oleh kerana gadis tersebut ketakutan, mereka telepon rakan lelaki di sebelah bilik hotel mereka menginap, belum sempat kawan mereka dari sebelah hotel melihat siapa yang berada di luar hotel, tiba tiba pintu hotel tersebut telah di pecah masuk mengunakan tendangan.

Gadis2 itu tercenggang, takut d mula menangis, kerana angota Polis tersebut memarahi mereka disebabkan  lambat membuka pintu & menuduh mereka tidak memberi kerjasama ketika polis menjalankan tugas. dangan pistol di tangan dan suara yang sangat garang, angota Polis tersebut mula mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya seperti pukimak kamu,bodoh dan kurang ajar,dia juga memberitahu andaikata gadis2 tersebut dirogol mereka @ polis) akan ketawa saja melihat.polis yang lain terus memeriksa semua kawasan termasuk bilik mandi dan tingkap.

Gadis berdua tadi adalah peserta kursus selama 10 hari anjuran Pusat Giatmara di hotel tersebut  tidak tahu apa apa pun tentang serangan angota Polis tersebut, oleh kerana bunyi yang bising tak lama kemudian, cikgu Pusat Giat Mara pun datang ketempat kejadian, tetapi, malangnya angota Polis tersebut tidak membenarkan Cikgu tadi memberi penjelasan kepada angota Polis tersebut, angota Polis tersebut menyuruh Cikgu tadi jangan masuk campur, dan menyuruh Cikgu itu beredar dari kawasan itu, tetapi Cikgu tersebut tetap berkeras tidak mahu meninggalkan tempat tersebut, kerana tanggungjawab yang telah di amanahkan pada dirinya untuk menjaga keselamatan anak muridnya walau apa pun yang terjadi.

Oleh kerana angota Polis tersebut tidak ada mendapat apa apa yang mencurigakan didalam bilik hotel tersebut, mereka membawa 2 orang gadis itu tadi ke Balai Polis Lahad Datu dangan alasan mereka lambat  membuka pintu dan gagal memberi kerjasama.gadis tersebut, mengikuti angota Polis tersebut dan di temani oleh Cikgu mereka.

Sesampai di Balai Polis Lahad Datu, angota Polis tadi menengking nengking semula gadis tersebut dengan kata kata kesat, sehinggahkan Gadis2 tersebut terlalu ketakutan. polis tersebut juga tidak mahu dan menerima sebarang alasan kenapa mereka tidak membuka pintu. sesudah itu dengan di temani oleh Cikgu gadis2 itu dibenarkan pulang ke hotel. jam menunjukkan 1 pagi.

Yang mengherankan, angota Polis itu tadi, mengapakah diwaktu mereka menyerbu Hotel tersebut, tidak meminta kebenaran kepada pekerja hotel yang bertugas pada masa itu? tidak menyemak senarai penghuni bilik? adakah angota Polis ini mabuk di waktu menjalankan tugas?

Mereka angota Polis telah menyalahi amanah yang di pertanggungjawabkan pada mereka, dalam slogan Polis, Bersih, Cekap dan Amanah, saya berharap kepada Ketua Polis Negara agar ke 5 angota Polis itu di ambil tindakan disiplin yang tegas, agar kejadian tidak berulang lagi..

Pada siang hari, perkara tersebut telah di ketahui oleh Tuan Punya Hotel tersebut, dan terus melaporkan perkara tersebut ke Balai Polis Bukit Aman, kerana menganggu pelanggan mereka tanpa melaporkan perkara tersebut di kaunter pertanyaan.

Pesanan saya kepada angota Polis di mana sahaja anda berada, jalankanlah amanah anda sebagai angota Polis dengan penuh tatatertib dan mesra Rakyat, jangan gunakan kuasa anda melebihi dari yang di amanahkan oleh etika kepolisian.





Tiada ulasan: