Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 8 Jun 2011

Aduan Awam Daripada Pendunduk Kunak Khas Kepada Kementerian Hal Ehwal Penguna, Jabatan Air Kunak Dan Celcom Malaysia Bhd.


Salam 1 Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia.

Aduan Pertama Suara Rakyat Kunak Tujukan Kepada Kementerian Hal Ehwal Penguna Malaysia,

Dato, Untuk pengetahuan Dato, Malaysia adalah Negara pengeluar minyak sawit terbesar Dunia, tetapi mengapakah penguna di Daerah Kunak Sabah masih lagi boleh kekurangan minyak masak..?
Kebanyakan kedai runcit di Daerah Kunak tidak ada menjual minyak masak, mengapakah masallah kekurangan minyak masak boleh kehabisan stok   ?

Saya sebagai penerima aduan suara dari penguna di Daerah Kunak amat berharap dari Kementerian Hal Ehwal Penguna dari Daerah Lahad Datu turun ke Daerah Kunak untuk melihat sendiri permasalahan yang berlaku di Dearah Kunak.

Jangan hanya duduk di kursi empuk tanpa mengetahui permasalahan Rakyat yang di alami di Daerah Kunak, perkara ini harus di selesaikan segera.


Aduan Ke- 2, Suara Rakyat Kunak, Tujukan Kepada Jabatan Air Daerah Kunak..

Tuan, saya Suara Rakyat Kunak, telah menerima aduan dari penguna air di kawasan Simpang 4 Daerah Kunak yang mengatakan di kawasan mereka Simpang 4 masih lagi kesusahan Air bersih, mengapakah perkara ini boleh terjadi di kawasan tersebut, sedangkan baru baru ini Rm42 Juta telah di peruntukkan untuk membaik pulih dan menambah permasalahan kekurangan air di loji bekalan air Kunak..?

Saya Suara Rakyat Kunak berharap kepada Pegawai Jabatan air daerah Kunak dapat memperbaiki permasalahan tersebut dengan seberapa segera, agar penguna air di Simpang 4 Daerah Kunak dapat di atasi dengan segera.

Aduan Ke-3, Suara Rakyat Kunak Tujukan Kepada Celcom Malaysia Berhad...

Tuan, Suara Rakyat Kunak ada menerima aduan tentang permasalahan penguna Celcom di Simpang 4 daerah Kunak, mereka mengadu agar dapat dari pihak Celcom Malaysia Bhd, menampah pemancar Celcom di kawasan tersebut agar permasalahan ganguan alatkominikasi di kawasan Simpang 4 Daerah Kunak Sabah dapat menerima bekalan telekominakasi yang secukupnya, seperti di Pekan Kunak. Suara Rakyat Kunak beharap pihak Celcom dapat mengatasi permasalahan ini dengan segera.

Sekian dulu aduan dari Penguna Derah Kunak Sabah, akan menyusul dari masa ke semasa jika ada lagi aduan dari Penduduk Daerah Kunak.

Tiada ulasan: