Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 15 Mei 2011

Sejauh Mana NGO Membantu Memerangi DADAH Di Daerah Kunak...????


Penagih Yang Sudah tak Terkawal.
Suara Rakyat Kunak

SALAM 1 MALAYSIA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU...


Daun Ganja

Di dalam kesempatan ini ingin saya ( SRK ) meninjau ninjau peranan persatuan dan NGO membantu Anti nakotik cawangan Kunak memerangi penagih penagih dan pengedar pengedar di Daerah Kunak yang hampir 70% Belia menagih Dadah.

Daun Penawar Penagih

Di Daerah Kunak ada beberapa Persatuan telah lama di tubuhkan, seperti, PEMADAM, PERSATUAN BELIA, PKBS, USBO, SUKAT, USIA, dan lain lain lagi, apa kah fungsi mereka berpersatuan, apakah hanya kerana nama ataupun hanya nak menjadi Pengerusi ?


Daun Penawar Penagih

Apakah kita nak lihat ramai penduduk Daerah Kunak yang tak ada masa depan menuju kegelapan tanpa ada persatuan yang campur tangan membantu memerangi gejalah DADAH. jangan hanya jawatan yang di pentingkan di dalam hal ini.


Daun Penawar Penagih

Sebagai Persatuan buatlah seseuatu untuk memerangi penagih penagih dan pengedar pengedar yang berleluasa di Daerah Kunak yang bakal di diami oleh jenerasi jenerasi kita yang akan mengantikan tempat kita akan datang.


Pokok Penawar Penagih

Jika kita hanya nak mengharapkan Anti Nakotik Daerah Kunak untuk menangkap penagih penagih dan pengedar pengedar, sampai Kiamat Dunia pun tak akan selesai, kerana mereka hanyalah menangkap penagih, pengedar mereka tak mampu menangkapnya.

Saya merayu kepada pihak pihak yang berpersatuan, tampilah memberikan taklimat taklimat untuk menerangkan bahawa bahayanya jika terjebak gejalah DADAH ini.


Peta Negara Pengeluar Najis Dadah

Majlis Tindakan Daerah Kerajaan Tempatan di Daerah Kunak Seharusnya menjadikan Masalah Belia Bebas dadah adalah Agenda Utama Di Peringkat Daerah dengan menjalinkan kerjasama yang baik dengan Badan-Badan bukan Kerajaan yang dikenali sebagai NGO bagi mengatasi, mengenali dan menangani gejala Najis Dadah yang telah lama  Berakar Umbi Di Daerah Kunak.

Penyalahgunaan Najis Dadah seperti Ganja , Siabu , Menghidu Gam Kasut yang terlibat dengan kegiatan tersebut harus di perengi dengan segera tanpa syarat, oleh semua Persatuan di daerah Kunak.

DADAH MUSUH NEGARA.






Tiada ulasan: