Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 23 Mei 2011

KISAH SEJARAH CERAMAH PERDANA DSAI DI SANDAKAN SABAH

Suara Rakyat Kunak

Salam 1 Malaysia.

Pada 21/05/2011 tepat jam 12.30 malam saya tiba di Bandar Sandakan untuk menjalankan tugas sebagai Setiausaha PKR Cabang P-188 Silam yang di arahkan oleh Cabang Silam untuk menghadiri kursus jentera pilihan raya untuk persiapan PRU ke-13.

Pada tepat jam 9.00 pagi semua perwakilan dari semua Cabang PKR dari Sabah berkumpul di tempat acara di jalankan, taklimat yang di berikan oleh seorang pakar yang di undang dari luar Negara yang pernah berkhidmat dari beberapa buah negara di eropah untuk membantu kemenangan parti yang bertanding.

Setelah saya sampai di Dewan Yu Yuan, sambil menanti kehadiran DSAI, saya pun pergi ke kedai yang berdekatan dengan dewan tersebut, untuk mencari, untuk mengalas perut, setelah tiba di kedai tersebut, saya lihat banyak kertas bertaburan di setiap meja Restoran yang saya lalu di tempat tersebut, isi kandungan kertas tersebut, yang tertulis, KAMI NDAK MAU PEMIMPIN PENIPU DAN KAKI LIWAT, PEMBOHONG NO : 1.Dan gambar Video sex di letak di semua meja meja restoran tersebut.

Saya amat kesal, kerana setiap kali di adakan ceramah yang melibatkan DSAI, ada saja ANJING ANJING yang amat BUSUK telah menabur kertas yang menghina DSAI, saya ingin ingatkan kepada pihak yang tidak bertangungjawab tanpil untuk memberi penjelasan, apa makna semua ini, hubungi saya untuk berdebat, jika tidak mau saya gelar ANJING BUSUK, dan saya nak ingatkan, selagi UMNO memimpin Negeri Sabah, selagi itulah Rakyat Sabah jadi PAPAKEDANA@MUFLIS

Turut menanti ketibaan DSAI, ialah, En Tambrin Hj Jaini, selaku pihak penganjur, Dato, John Gani, En, Kalakau Untul, YB, Jimmy Wong, wakil dari Parti DAP, Wakil dari Parti PAS dan wakil dari Parti SAPP, dan ribuan masyarakat yang membanjiri dewan tersebut.

Tepat jam 3.30 petang DSAI pun tiba dengan rombongan dari KL, untuk mengadakan Ceramah Perdana di Dewan SM. Yu Yuan, Batu 4, Jalan Labuk, Sandakan,  Saya petik dalam ucapan beliau, sekira nya Pakatan Rakyat di beri mandat oleh Rakyat sabah khas nya, Mentadbir Negara Malaysia pada PRU ke-13, PADA KESOKAN HARI NYA< HARGA MINYAK AKAN DI TURUNKAN SHINGGAH PARAS TERENDAH, AGAR SEMUA PENGUNA MAMPU MEMBELI NYA.

DSAI juga dalam ucapan nya, bertanyakan kepada Pemimpin BN di Sabah, di mana hilag nyaWang  Saham Sabah yang berjumlah Rm52 Bilion,  ada kah di beri kepada rakyat Sabah, atau dah masuk ke A.C Pemimpin BN Sabah? dan menekankan akan membawa ke muka pengadilan kepada pihak yang terbabit mengadai Telaga Minyak Sabah iaitu LOT L dan LOT M, kepada Negara Berunai yang bernilai RM 352 Bilion,
.
Jika Rakyat Sabah telah menukar Parti Berjaya kepada Parti PBS, kerana sebab di serahkan Pulau Labuan kepada kerajaan Persekutuan, mengapa Rakyat Sabah tidak marah di sebabkan telaga minyak yang menghasilkan Dana yang berbilion ringgit untuk Dana Sabah, apakah Rakyat rela di perbodohkan oleh Pemimpin UMNO yang tidak bertangungjawab mengadai maruah Sabah, fikir fikirkan lah Rakyat Sabah pada PRU ke-13 ini ?

Setelah selesai ucapan DSAI, saya juga bersyukur, di luar Dewan, saya bertemu dengan sahabat Blooger saudara Darkis, dengan nama Blog, EVERYTHING ABOUT KUNAK, yang banyak memperkenalkan Daerah Kunak Di kaca mata Dunia tentang keindahan Daerah Kunak, tahnia Saudara Darkis, teruskan usaha mempromosikan Daerah Kunak.

Setelah selesai, saya pun berangkat bersama robongan DSAI ke Bandar Libaran, untuk meresmikan Pejabat PKR Cabang P-184 Libaran, yang di ketuai oleh En, Tambrin Hj Jaini, dan seterus nya mesyuarat Ketua Ketu Cabang bersama DSAI, untuk penentuan Calon PKR pada PRU ke-13 .

Pada tepat jam 7.30 malam, majlis makan malam bersama DSAI dan Pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat di  Balai Room, Pan Bay Hotel, kesemua meja yang berjumlah 106 meja yang berjumlah Rm1 Ribu se buah meja habis di jual, selebih keunungan makan malam tersebut, di jadikan tabung Cabang PKR P-184 Libaran, sebelum majlis selesai, DSAI pun bergegas pulang ke KL, kerana masih banyak acara yang menanti di KL.,

Setelah selesai, saya pun bergegas pulang dengan rakan Cabang PKR P-188 Silam ke Kunak, setiba nya saya di Kunak pada jam 4.00 pagi, walau pun semua kos perjalanan, makan dan penginapan kami tanggung sendiri, demi perjuangan Parti PKR, dan untuk mengahiri tulisan saya, Salam Refomasi kepada semua Rakyat Sabah khas nya, dan Rakyat Malaysia Am nya..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bohongla...diala dulu yg menyebabkan wang amanah rakyat sabah hilang... bodo

Tanpa Nama berkata...

Kalau berani, tunjukkan diri mu, jangan ckp bodoh sebarangan, munkin kau ni, banyak makan wang rasuah UMNO.