Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 11 Mei 2011

Jika Rakyat Sabah Memberi Mandat, Pakatan Rakyat Mentadbir Negeri Sabah Pada PRU Ke-13.


                          Refomasi Dalam 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat Mentadbir Negeri Sabah

!. Menjunjung kedaulatan negeri Sabah sebagai sebuah Negeri yang sah di dalam Persekutuan Malaysia dengan memastikan sebarang tuntutan bertindih ke atasnya termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan bertindih ke atas Negeri Sabah.

2. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak ke atas Blog L dan M yang di rampas tanpa persetujuan dari Rakyat Sabah, termasuklah mengambil tindakan Mahkamah Sivil dan jenayah ke atas pihak pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blog M dan L tanpa izin dari Rakyat Sabah.

3. Menyempurnakan penubuhan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah dan menawarkan peluang menjadi penduduk tetap tanpa hak mengundi kepada  kepada pendatang tanpa izin dengan tujuan memutihkan senarai kerayatan dan pengundi.

4. Menubuhkan Tabung Warisan Sabah dengan modal RM 1 bilion dari wang royalti hasil industri minyak dan gas bagi tujuan program program pembasmian kemiskinan kepada semua Rakyat sabah di bawah paras pendapatan isi rumah RM 1,500 setiap keluarga.

5menyempurnakan tuntutan kenaikan royalty haqsil minyak dan gas kepada 20% dengan menandatangani perjanjian baru dengan Kerajaan Persekutuan agar bayaran kepada Rakyat Sabah adalah berkadar langsung dengan keuntungan tambahan dari hasil minyak dan gas di Negeri Sabah.

6. Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki Rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM 1 bilion dengan tujuan memwujudkan sebuah konglomerat antarabangsa  yang dapat dibimbing oleh PETRONAS untuk bersaing di pesada Dunia dan menyediakan peluang pekerjaan dan membina kepakaran Rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.

7. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perhikdmatan awam secara berperingkat untuk memastikan jawatan jawatan utama dipegang oleh Rakyat Sabah.

8. Menuntut hak ke atas semua pulau pulau kecil di perairan Sabah yang masih belum diselesaikan tuntutanya untuk menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan juga hasil minyak dan gas di perairanya.

9. Menghormati hak tanah adat dan menarik balik semua kes Mahkamah yang selama ini dibawa oleh Kerajaan Negeri sekiranya kes kes tersebut secara jelas mencabuli hak tanah adat.

10. Mengukuhkan Autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara perkara yang termaktub di dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan yang melanggar Perkara 20 dihentikan serta merta.

Tiada ulasan: