Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Khamis, 31 Mac 2011

Gambar Wanita Wanita Penuh Dengan Tato....

3 ulasan:

mnorkembalak berkata...

Salam sahabat

Benarlah apa yang saya sangka, sahabat adalah seorang yang bersikap terbuka dan berlapang dada. Saya juga berharap kepada rakan-rakan kita yang diluar sana juga bersiakap sedemikaian.

Bila jenazah kita siap dikebumikan, diantara soalan yang ditanya kepada kita, siapa saudaramu? malaikat tidak bertanyakan apa parti politik mu!

Saya teramat sedih dengan sikap bangsa kita kini sudah berpecah belah dan berpuak oleh kerana terbawa sikap berbeza faman politik dan idelogi. Kita kena ketepikan perkara itu demi hubungan sesama kita, kerana setiap Islam itu sifatnya bersaudara dunia dan akhirat.

Suka saya terangkan saya tidak duduk dalam mana-mana parti politik di Malaysia ini dan saya juga tidak diatas pagar. Politik pada pandangan saya, akan terseret segala tipu muslihat walau parti apa pon. Maaf lah kepada semua kerana ini pandangan peribadi saya.

Asasnya kata-kata saya itu ialah setiap satu akan mempunyai kepentingan dan oleh kerana itu untuk mencari pengaruh dan mengatasi antara sesama saingan, jika cara yang benar tidak berjaya maka akhir tektik dan teknik jahat akan dipergunakan.

Itulah sebabnya saya tidak suka menyertai mana-mana pertubuhan politik, kerana saya tidak mahu BERSUBAHAT! Saya boleh bercampur gaul dengan sesiapa sahaja kerana sikap saya tidak memihak, saya akan hentam sesiapa juga yang saya rasakan sekiranya terdapat sesuatu yang tidak benar.

inilah pendirian saya yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Saya ucapkan terima kasih kerana sahabat sudi menerima saya dengan seadanya.

InsyaAllah kita bersua lagi dilain lembaran, Assalamualaikum.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam Saudara Ku, tulisan saudara besar kebenaranya, siapalah kita hendak membela mereka Ahli Politik, mereka tidak akan tolong kita kalaulah kita didalam kesusahan, hanya kita yang beria ia untuk membela mereka, walau pun parti apa yang memimpin negara Malaysia, saya tetap saya, dan Saudara tetap saudara, tetapi hanya sahabat handai dan karoni yang tetap jadi kaya raya. dan kita tetap dari dahulu sampai sekarang, maafkan saya kepada semua sahapat saya didalam Pakatan rakyat, walau pun saya di dalam PKR bermula pada tahun 1999, tetapi saya berusaha sendiri untuk membesarkan semua Anak Anak saya, yang saya bersyukur BN di Dun N-51 Kunak tidak pun berdendam dengan orang orang Parti Pembangkang, apa pun yang Anak Sekolah orang orang BN dapat, Anak saya pun dapat, walaupun jawatan saya di Cabang PKR P-188 Silam sebagai Setiausaha, itu hanyalah amanah perlantikan dari ketua cabang yang perlu saya teruskan didalam Parti PKR, tetapi didalam hakikatnya, saya adalah saya, Wassalam dari sahabat mu, Negeri diBawa Bayu. ketemu lagi dilain lembaran.

mnorkembalak berkata...

Salam saudarku, sahabat blogger SUARA RAKYAT KUNAK dan salam juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang berugama Islam, salam sejahtera juga kaum-kaum yang lain.

Hakikatnya, parti politik perlu ada didam setiap sebuah negara, kerana parti yang dipilih oleh rakyat maka parti itulah yang layak mentadbirkan negara atau negeri tersebut.Dan satu lagi parti pembangkang mesti ada dialam dewan undangan negeri dan juga di dewan parlimen.

Peranan parti pembangkang yang seperti mana kita ketahui, mereka-mereka inilah yang akan memantau dan memprotes setiap kesilapan atau penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah sama ada dengan sengaja atau pon dengan tidak sengaja.

Setiap manusia yang di jadikan oleh Allah sebagai khalipah untuk memajukan bumi ini, oleh itu diantara satu sama lain perlukan pertolongan, bantu membantu, nasehat menasehati dan memberikan idea dan pandangan supaya masyarakat kita, negeri kita dan negara kita maju dan serba lengkap dengan segala kemudahan.

Kita semua tahu setiap umat kepada nabi-nabi dan rasul-rasul ada ujian dan dugaan. Tetapi ramai yang tidak tahu atau perasan, ujian kepada umat nabi Muhammad iaitu kita sekarang ini adalah lebih hebat ujian kepada umat-umat nabi yang terdalu.

Apa dia ujian itu? ujiannya ialah kebendaan, harta dan pangkat. Kerana harta yang melimpah ruah dizaman sekarang ini manusia sanggup membunuh, mencaci dan mancela. Kerana pentingkan pangkat dan kedudukan sanggup fitnah memfitnah, sanggup memburukkan sesama sendiri.Kerana wang segala kemungkinan boleh berlaku termasuklah rasuah dan sebagai.

Akan semua ini bukanlah semua orang yang bersikap sedemikian tapi...!!boleh dikatakan tak terbilang dengan jari yang bersikap disebaliknya..huhuhu..

Kita kena banyakkan muhasabah diri, kita hidup ini hanyalah sementara, dunia ini sebagai persinggahan sedangkan pelayaran kita terlalu amat jauh, oleh itu saya manasehati diri saya dan saudara sesama Islam carilah bekalan yang diredho' oleh Allah untuk kita bawa diakhirat. sesungguh dihari perbicaraan yang tiada perlindungan dihahapan mahkamah Allah dipadang mahsyar, segala akan ditanya termasuklah segala rezeki dan harta yang kita kumpul itu dari mana diperolehi.

Rezeki yang haram api neraka lebih utama ingin kepadanya, tugas dan amanah yang dikhianat balasannya memikul kayu yang berduri diakhirat masyaAllah..

Dengan tegas saya katakan yang mana sudah biasa dengan rasuah itu hentikanlah dan yang tidak beramanah didalam tugas yang diberikan itu, laksanakanlah dengan penuh ikhlas dan jujur. Entah sekarang, entah esok, entah bila kita semua pasti mati. Ingatlah carilah bekalan keakhira yang ingin kita bawa pergi, apa yang kita miliki didunia hanya ibarat daki..

InsayaAllah kita bersua lagi dengan izin Allah, Assalamualaikum
mnorkembalak.