Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 23 Januari 2011

Wakil Calon Perlu Mengantikan YB Yang Meninggal Dunia..

Salam 1 Malaysia

Kalau kita lihat, di dalam Pilihan Raya Umum ke-12, penggal ke-12 sahaja, ada lebih kurang 15 pilihan raya kecil di adakan akibat kematian penyandangnya atau YB, di Dun atau Parlimen yang mereka YB menjadi wakil rakyat.

Kalau di jumlah kewangan yang di gunakan di dalam setiap pilihan raya kecil oleh SPR, mencecah Rm3 juta, setiap PRK di adakan, jika di darab dengan 15 PRK,  jumlah keseluruhan Rm45 juta, lain lagi perojek perojek mee segera, mencecah hinggah Rm50 juta dalam 1 PRK, ini semua melibatkan wang rakyat.

Ada juga mencadangkan pada PRU ke-13 jika nak jadi wakil rakyat perlulah ada pengesahan doktor, tetapi ini semua tidak logik, kerana pengesahan dapat di beli dengan wang ringgit.

Jadi saya membuat satu cadangan untuk di bawa usul ke Parlimen, untuk mengelakkan pembizaran wang rakyat, munkin pada PRU ke-13 ini jika di luluskan, munkin boleh di guna pakai.

Cadangan saya, setiap calon yang bertanding di setiap Dun dan Parlimen, setiap Calon ada  mempunyi wakil calon di waktu penamaan calon di adakan, maka secara automatik wakil Calon akan mengantikan  YB di Dun atau Parlimen yang telah meninggal dunia .

Untuk mengelakan pembaziran wang rakyat, maka wakil calon tadi akan di lantik menjadi YB bila mana YB itu telah meninggal dunia, kerana wakil calon juga adalah pilihan pengundi di Dun masing masing.

Semua yang saya cadangkan ini, adalah salah satu penjimatan wang rakyat dan juga penjimatan wang parti masing masing, seterusnya penjimatan masa yang sangat banyak terbuang apabila di adakan pilihan raya kecil.

Untuk mengahiri tulisan saya, agar dapat kiranya cadangan saya ini di bawa ke perbincangan ke dewan Parlimen untuk di bahaskan.

Sekian dan terima kasih.

Tiada ulasan: