Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 24 Januari 2011

Kepimpinan DS, Najib Kerahkan Semua Jentra Nya Di Semua Peringkat Jabatan Kerajaan Untuk Mencari Dana..?

 
Mau Pegi Menagih Hutang Sampai Salah Tekan Butang Lif

Salam 1 Malaysia. Rakyat Di dahulukan Karoni Di Utamakan.

KEMENTRIAN KESIHATAN

Pagi tadi saya di kejutkan oleh askar askar dari Kementerian Kesihatan dari unit Malaria, saya sangat heran mengapa saya di kejutkan, rupa rupanya, pasal tayar di depan rumah saya, kata askar Kesihatan, di tayar kereta saya ada jentik jentik, jadi kata nya, terpaksa kena bagi surat amaran, kata nya lagi, kalau dulu saman jentik jentik dengi hanya Rm50.00, sekarang dah naik Rm500.00. arahan dari Komando Kesihatan Malaysia.

PDRM

Saya kesihan melihat semua angota Polis kalang kabut menyaman semua kenderaan yang parking di belakang kedai bangunan Sapang Kunak, lebih kurang 15 kenderaan di saman lari, oleh Komando Komando PDRM kunak, bukan sahaja di Daerah Kunak, tapi di seluruh Sabah, 2000 saman perlu di adakan setiap hari, maka itulah semua penguna kenderaan di seluruh Sabah khas nya, dan di seluruh Malaysia am nya, harus berhati hati. kalau dulu kita tak peduli, nak letak kenderaan kat mana, walau pun di atap kedai bangunan Sapang, tak ada pun pihak Polis nak saman, kerana, Negara masih banyak wang.

LHDN

Cerita kawan saya dari estate sukau, dia kata ada pangilan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri, di suruh perjelaskan cukai pendapatan dia kata, tak boleh tanguh tanguh kata nya, entah orang lain, saya rasa hampir separuh Rakyat Malaysia senasib dengan nya.

SPR

ada sahaja YB yang jalan, termasuk di Dun Tenang 14 PRK, ada lagi 2 PRK menunggu, tolonglah YB YB, semua, pegilah cheak Doktor, walau pun tidak sakit, jangan susahkan SPR, dan habiskan wang Rakyat.

JPJ.

Lari kereta, macam setan, lari sana, lari sini, dalam 1 perjalanan, sewaktu saya dari Lahad Datu, ada 3 sekatan JPJ, 1 sekatan PDRM, waw, ketat nya, sampai penuh di tepi jalan lori lori yang muat berat, sejak 5 PM memimpin Negara Malaysia, saya tak pernah semua Jabatan Kerajaan macam ini terok mencari wang daripada Rakyaat, sungguh memalukan, mengilakan dan menghuru hara kan semua yang terlibat untuk mencari Dana untuk Kerajaan Malaysia.

JAPANG.

Kalaulah di Japang, PM nya tak akan tunggu sampai di adakan pilihan raya, PM nya sendiri terus letak jawatan, sebab dia tak mahu menyusahkan Rakyat nya, tapi di Malaysia, hanya selogan nya yang paling hebat di seluruh Dunia, Waw, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan, pelah, cerita kosong, lebih baik di tukar, Karoni Di Utamakan, Rakyat Biar Mampus.

KEMENTRIAN PENDIDIKAN.

Waktu masuk sekolah baru baru ini, saya sendiri kesihan pengundi pengundi BN yang perempuan terutama nya, ada yang menangis di depan Guru Besoi, minta tunda pembayaran, maklumlah anak 4 orang sekolah rendah, 3 orang tingkatan, nah, kenalah siap siap dalam Rm1,000.00 baru dapat langsaikan pembayaran sekolah anak anak, kesian pengundi BN, inilah nama nya Rakyat di Dahulukan Bayar.

KEMENTRIAN BARANG MAHAL.

Kalau dulu, bawalah rm10.00 beli barang, penuh 1 pelastik, kalau sekarang, Rm100.00 pelastik kecil pun tak penuh, kereta pulak isi minyak, kalau dulu p Tawau, Rm10.00 pegi balik ke Kunak, kalau sekarang rm10.00 pun cukup juga, tapi kena telepon krenlah suruh tarik balik..

KEMENTRIAN YANG MENJAGA PASPOT ATAU VISA.

Kalau dulu, nak pegi luar Dunia pun tak ada masallah, kalau sekarang, ada hutang bil telepon pun tak bole di bagi Paspot, kena jalan pintu belakanglah Apek.

Untuk kali ini saya dah sakit hati ingat semua ini yang menyusahkan Rakyat, kalau susah susah sangat, nak letak jawatan, adakan sahaja PRU ke-13 cepat cepat..


Tiada ulasan: