Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Isnin, 10 Januari 2011

CARA BARU KERAJAAN BN MENGAMBIL WANG RAKYAT...

Salam 1 Malaysia.

Cara baru yang pihak kerajaan melalui PDRM untuk mengambil wang daripada Rakyat Sabah khas nya, dan Rakyat Malaysia am nya, bagi yang mempunyi kendraan sangat menyusahkan penguna lalulintas terutama di negeri Sabah.

Pada 01/01/2011 arahan yang di keluarkan oleh Pesuruh Jaya Polis Sabah, negeri Sabah di wajibkan kepada semua angota polis trafic yang bertugas mestilah mendapat saman di seluruh negeri Sabah sebanyak 2000 saman setiap hari.

Bagi kawasan, Kota Kinabalu, purata keseluruhan saman perlu di keluarkan, sebanyak 400 saman, Bandar Sandakan, 200 saman,  Pantai Timur Sabah, mengikut Daerah, Tawau 200 saman mesti di keluarkan setiap hari, Daerah Semporna, 100 saman, Daerah Kunak 50 saman, Daerah Lahad Datu 100 saman.

Arahan baru ini bukan sahaja menyusahkan para pemilik kenderaan, tetapi juga menyusahkan para pahak Polis tarfic/ peronda yang bertugas setiap hari.

Sebagai pihak Kerajaan di bawa kepimpinan BN yang di pandu arah oleh DS Najib Tun Abd Razak, harus mencari jalan lain untuk mendapatkan dana bagi menampung kewangan negara, bukan dengan cara menyeksa Rakyat.

Di manakah selogan kerajaan BN, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan, bagi pandangan saya, selogan ini, hanyalah untuk meneyenangkan hati Rakyat, tetapi hakikatnya, tetap juga Rakyat di seksa dan di belakangkan.

Dengan secara ikhlas saya katakan, bahawa, pihak kerajaan sekarang yang di pandu arah oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Abd Razak dan Pemimpin bawahanya BN, terlalu banyak pembaziran dan banyak menyeksa Rakyat di dalam perbelanjaan  kehidupan seharian Rakyat.

Untuk mengahiri tulisan saya, semuga DS Najib Tun Abd Razak ( BN ), bersama Pemimpin bawahanya,
agar pada PRU ke 13 yang akan di adakan pada bila bila masa, memberika mandat kepada Pakatan Rakyat memimpin Kerajaan Malaysia, agar 100 hari yang di janjikan oleh Pakatan Rakyat dengan selogan, Ubah 
Sekarang, dapat memberi menafaat kepada Rakyat Malaysia, agar dapat semua Rakyat Malaysia dapat menuju ke Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Mantan PM kita Tun Mahadir Mohammad..

Tiada ulasan: