Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Sabtu, 18 Disember 2010

Siapakah yang menguasai Ekonomi, Politik dan Pendidikan di daerah Kunak?

BAGANG PERAHU

PANTAI SARINA

AIR TERJUN MADAI

GUA MADAI TEMPAT MENGAMBIL SARANG BURUNG

AIR PANAS

TEROWONG JEPUN


LUMPUR MENDIDIH
PANGKALAN KUNAK



LOGO DAERAH KUNAK
Salam 1 Malaysia Untuk Semua.

EKONOMI?
Masyarakat Cina lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam perekonomian terutama perniagaan runcit di Daerah Kunak. Masyarakat Bugis adalah yang ke-dua menguasai ekonomi di daerah Kunak dengan terlibat dalam pertanian ladang dan kebun. Begitu juga dengan masyarakat suku kaum Kadazan-murut yang ada di sini. Masyarakat Bajau pula lebih cenderung kepada sektor perikanan dan tidak ramai yang bergiat dalam pertanian apatah lagi menjadi buruh di ladang.
Masyarakat Lain-lainain Suku yang ke-5 menguasai ekonomi di daerah Kunak kebanyakan bekerja di sektor ladang.

Mengapakah masyarakat Cina yang menguasai ekonomi di Daerah Kunak? Mungkin kerana masyarakat Cina lebih dahulu bertamadun daripada Masyarakat lain di dunia tambahan pula mereka sejak zaman dulu lagi sudah memulakan perniagaan jualan tukar barang (sistem-barter)
Masyarakat Cina mendapat Ilmu Islam dalam abad ke-7 masihi.
Masyarakat Cina mendapat Ilmu ekonomi dan Politik bermula abad ke-7.
Masyarakat Cina mempunyi pandangan yang jauh dalam aspek ekonomi.
Masyarakat Cina tidak akan hilang keterunun mereka sampai bila bila masa pun.
Masyarakat Cina mempergandingkan ekonomi dan Politik ke satu Destinasi, seperti irama dan lagu tak dapat dipisahkan.
Mukadimahnya, organisasi politik ibarat jasad kita, manakala darah yang mengalir di dalamnya adalah ekonominya
Dalam Surah Al-Alaq juga ada terdapat tentang Ilmu strategi Pendidikan dan Perekonomian, tetapi sejauh manakah kita Umat Islam mempelajari, memahami seterusnya menzahirkannya.

POLITIK?
1. Suku Kaum Bajau majoriti dalam aspek Politik.
2. Masyarakat Cina menduduki tempat ke-2  dalam aspek Politik di Daerah Kunak.
3. Masyarakat Kadazan / Dusun di tempat ke-3 dalam aspek Politik di Daerah Kunak.
4. Masyarakat Bugis menduduki tempat ke-4 dalam aspek Politik di Daerah Kunak.
5. Masyarakat Lain Lain Suku menduduki tempat ke-5 dalam aspek Politik di Daerah Kunak.

Mengapakah Masyarakat Bajau mendahului Masyarakat lain dari segi Politik ketika ini?
Kerana, Masyarakat Bajau Suku Kaum majoriti di Daerah Kunak dan kebanyakan Ketua Ketua mereka ada di setiap Kampung di Daerah Kunak.
Kerana, Daerah Kunak Suku Kaum Bajau yang pertama menduduki Daerah Kunak.
Kerana Suku Kaum Bajau mempunyai tujuan di dalam setiap aspek sudut berpolitik.
Kerana, darah Politik telah mengalir di tubuh mereka sejak mereka di lahirkan.
Bagi mereka Politik adalah Wawasan untuk menjadi ketua di sesebuah Daerah.
Cuma mereka tidak seiringkan Politik dan Ekonomi, jika mereka ( Bajau ) mengandingkan Politik dan Ekonomi, Mereka mungkin boleh jadi Masyarakat yang pertama terhebat di Daerah Kunak.
"bukan menjadikan politik sumber ekonomi dalam kehidupan".

PENDIDIKAN?

1. Masyarakat Bugis mendapat tempat ke-1 dari segi Pendidikan di Daerah Kunak.
2. Masyarakat Cina mendapat tempat ke-2 dari segi Pendidikan di Daerah Kunak.
3. Masyarakat Bajau mendapat tempat ke-3 dari segi Pendidikan di Daerah Kunak.
4. Masyarakat Kadazan / Dusun mendapat tempat ke-4 dari segi Pendidikan di Daerah Kunak.
5. Masyarakat Lain Lain Bangsa mendapat tempat ke-5 dari segi Pendidikan di Daerah Kunak.

Mengapakah Masyarakat Bugis menguasi Pendidikan di Daerah Kunak?
Kerana Anak-anak Masyarakat Bugis kebanyakan datang ke Daerah Kunak mengikuti Ibu Bapanya daripada lain Daerah mengetahui asal usul kedua orang tuanya amat susah untuk membesarkan mereka dengan hasil keringat yang amat perit sekali. Membanting tulang dan memerah keringat untuk mendapatkan rezeki.
Kerana Anak-anak masyarakat Bugis tahu, bahawa tanpa Pendidikan, mereka tidak akan dapat membalas jasa kedua-dua orang tua mereka. Mereka tidak dapat ke mana tanpa pendidikan.
Kerana itulah Masyarakat Bugis "masih dipinggirkan dari aspek berpolitik mahupun memegang jawatan penting dalam politik di daerah ini berbanding dari masyarakat lain, jika Masyarakat Bugis bijak berpolitik, pemimpin pusat beri peluang dan ruang kepada mereka, saya percaya masyarakat Bugis juga seperti kaum lain boleh menjadi Masyarakat hebat dan berketrampilan untuk menjadi pemimpin dalam pentas politik di Kunak suatu hari nanti. Wallahualam.

Saya memohon maaf kepada semua Masyarakat Suku kaum jika ada diantara kata-kata saya yang menyinggung mana-mana pihak mahu pun yang hidup atau pun yang telah mati, Bukanlah niat saya untuk mewujudkan suatu perbelahan pendapat tetapi kenyataan ini adalah berdasarkan pemerhatian saya melalui pengalaman lalu kerana semua ini adalah pandangan secara peribadi di dalam perjalanan kehidupan saya sebagai individu yang tinggal di Daerah Kunak dalam sepanjang saya bersama sahabat-sahabat saya dari berbilang kaum dan berlainan kepahaman Politik, hampir seharian saya bersama dengan mereka ( Orang Kunak ).

. Djapri Kudosat

2 ulasan:

Anna berkata...

Tahniah abg srk... kajian yg begitu mendalam dan telus dlm membongkar latar belakang kehidupan masyarakat majmuk di kunak...

bangunkanlah rakyat yg sedang terlena dgn mimpi2 harapan dan janji2 subsidi hingga menua di dlm penantian...

sedarkan juga kpd pemimpin yg mengagihkan bantuan2 kerajaan TIDAK menepati sasaran... akhirnya bantuan tersebut terbengkalai atau dijual utk dapatkan duit segera...

tahniah juga kpd masyarakat kaum bugis, tanpa bantuan penuh kerajaan, mereka dapat berdikari dan melahirkan anak2 pintar utk mengangkat mertabat kaum dan keluarga mereka....

kuasa ada... dari gelaran Yang Berhormat hingga sebahagian besar ketua2 jabatan di kunak adalah dari kalangan mereka... tolak pegawai daerah, tolak ocpd dan tolak pegawai perhutanan... tapi setelah sekian lama, tahap ekonomi dan pendidikan masyarakat masih di takuk lama...

puncanya, pemimpin sendiri yg tidak tahu menggunakan kuasa@gila kuasa, kemaruk dan ego dgn kemegahan sehingga sanggup memperbodohkan kaum sendiri, terlalu mementingkan diri dan keluarga... akhirnya kepentingan kaum sendiri diabaikan dan terus membiarkan mereka hidup di bawah garis kemiskinan.........

buangkanlah sifat dan kebanggaan anda sebagai majoriti, sedangkan anda minoriti dlm arus pembangunan... jangan jadi burung tiong, hanya pintar bercakap, tapi zero dari segi pelaksanaannya... kalau bercerita, bukit pun boleh rata, tapi dapur sendiri tak berasap...

kepada masyarakat kunak... bangkitlah dgn penuh kesedaran... bangunkan agama, bangunkan bangsa dan negara....

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam Saudaraku Anna, terima kasih atas komen dan pandangan Saudara, saya huraikan tentang Sukukaum hanyalah sekadar ingat meperangati termasuk diri saya dan Sukukaum dan sahabat handai, walau pun berlainan, Suku, Agama dan Politik, semua ini adalah pandangan saya sejak saya tinggal di Daerah Kunak bermula tahun 1978, dan telah paham tentang kehidupan SukuKaum masing masing. semuga pandangan saya dapat di jadikan rujukan pada masa akan datang, Wallahuallam.