Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Khamis, 16 Disember 2010

Perkhidmatan Celcom Di Daerah Kunak Menghampakan Pengguna, Lebih Baik Tutup Syarikat?

Salam 1 Malaysia.

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Syarikat Celcom Malaysia BHD,

Tujuan saya adalah untuk memaklumkan kepada pihak Syarikat Celcom, bahawa perkhidmatan Celcom di Daerah Kunak sejak beberapa hari lalu sehingga kehari ini amat menghampakan kesemua pengguna Celcom di Daerah Kunak, apakah pihak Tuan tidak dapat mengatasi masalah yang berlaku yang amat menyusahkan pengguna di sini?

Sebagai sebuah Syarikat komunikasi yang terbesar di Malaysia, yang mendapat keuntungan berjuta juta ringgit dalam sehari, mengapakah masalah ini sampai berlarutan sekian lama? apakah pihak Tuan tidak dapat memperbaiki di manakah punca kepada masalah gangguan tersebut?

Jika pengguna talian Celcom tidak dapat membayar bil alat telekomunikasi yang Celcom  sediakan kerana masalah kewangan, maka terus sahaja didakwa ke Mahkamah, tetapi jika terjadi gangguan semacam ini terjadi kepada pelanggan Celcom, adakah dari pihak Celcom memohon maaf kepada pengguna yang terlibat?

Saya cadangkan kepada pihak Celcom Malaysia , jika tidak mampu memperbaiki masalah gangguan tersebut, lebih baik Syarikat Celcom Malaysia tutup sahaja, sebelum ada Individu yang akan menyaman Syarikat Tuan daripada menyusahkan pengguna!

Jika masalah ini tidak dapat di selesaikan sehingga jam 12 malam esok, saya tidak akan teragak agak menyaman Syarikat Celcom Malaysia Berhad, harap diambil perhatian, kerana disebabkan gangguan inilah Syarikat saya mandapat kerugian? tidak dapat berhubung dengan pelanggan menerusi internet.

Untuk makluman pihak Celcom, kebanyakan pengguna yang menggunakan Perkhidmatan BROADBAND Celcom gagal mengakses internet kerana talian yang lembap-lagi melembapkan di daerah Kunak ini.


Tiada ulasan: