Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 8 Disember 2010

Penagih diburu sampai Lubang Cacing, Pengedar menjadi Raja?

                                            "KUCING KENA HUKUMAN GANTUNG 39 ( B )"

Salam 1 Malaysia Dan Salam Awal Muharram, Maal Hijrrah 1432.

Kisah ini benar-benar terjadi di Daerah Kunak, persoalannya, mengapakah Pengedar Dadah tidak dapat dibenteras di daerah Kunak? 

Sebabnya mungkin Pangedar adalah punca hasil wang untuk Kerajaan mendapat wang hasil daripada wang denda di Mahkamah, hasil daripada penagih-penagih yang dijatuhi hukuman denda Mahkamah?

Mangapakah Polis unit narkotik tidak dapat menjejaki Pengedar-pengedar yang berleluasa di Daerah Kunak? sedangkan diwaktu Polis membuat penyiasatan kepada penagih-penagih setelah penagih ini ditangkap, mereka boleh bertanyakan di mana tempat membeli barang (dadah) tersebut?

Para penagih ini tidak akan menghisap atau menagih dadah jika usaha Polis Cawangan Narkotik serius untuk menangkap Pengedar-pengedar ini, sedangkan saya yang tidak pernah menyentuh "benda Haram lagi Najis" ini pun tahu, siapa Pengedar dadah di Kunak.

Sedangkan saya sendiri beberapa kali memberikan maklumat kepada pihak Polis tentang Penagih-penagih dan Pengedar-pengedar ini, tapi malangnya maklumat saya tidak diambil perhatian, jangankan balas SMS, terima kasih pun tidak ada, adakah pihak Polis tidak menerima aduan awam?

Jikalah Polis Unit Narkotik tidak serius menangkap Pengedar-pengedar ini, lebih baik bubarkan sahaja Bahagian Unit Nakotik di seluruh Malaysia, daripada kerja mereka tidak menepati sasaran untuk menghapuskan Pengedar, jika hanya penagih-penagih sahaja jadi buruan, sampai Kiamat pun Dunia ini masalah Dadah tidak akan selesai.

Saya ingin tanya kepada Ketua Polis Negara yang baru, ada berapa ramai orangkah Pengedar yang sudah ditangkap di Daerah Kunak? oleh bahagian Unit Narkotik Polis Kunak? Jika ada pun, mungkin hanya orang yang telah dijadikan "Kambing Hitam", oleh pihak Polis. Para Pengedar yang benar-benar mereka adalah Pengedar terus bebas diluar sana mengumpul wang haram hasil daripada jualan Dadah, tak percaya tak apa, tapi kenyataannya telah terjadi pada anak saya, tapi tunggulah anggota Polis yang telah menyeksa dan menjadikan anak saya "Kambing Hitam" sebelum ini. 
Anak  dan kereta Kancil saya selama 2 tahun 18 hari, "kamu akan muflis dan buka baju saya kerjakan?"

Jika mereka Polis Unit Narkotik Kunak tidak boleh menangkap Pengedar-pengedar ini, hanya penagih penagih sahaja yang mereka dapat tangkap, maka KPN dipersilakan turun ke Daerah Kunak agar dapat saya tunjukkan satu persatu rumah Pengedar-pengedar ini agar penagih-penagih yang menjadi sasaran mereka selama ini dapat diselamatkan sebelum Dunia Kiamat.

Kisah ini akan bersambung sehinggalah Pengedar-pengedar di Kunak dibawa ke muka pengadilan untuk diAdili sebagaimana anak saya yang pernah diadili di Mahkamah ketika dulu tetapi dibebaskan kerana telah didapati dijadikan "Kambing Hitam" oleh pihak penguatkuasa yang menangkapnya!!..


Tiada ulasan: