Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Selasa, 14 Disember 2010

Pembentukan Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Kunak, Sabah Dan Sarawak?









Salam 1 Malaysia Untuk Semua.

Para peladang Daerah Kunak harus bersyukur kerana Koperasi Penanam Sawit mampan Daerah Kunak, Sabah/Sarawak telah ditubuhkan di daerah Kunak dengan rasminya pada 13-12-2010 di Dewan Masyarakat Kunak dengan jayanya.

Perasmian Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Kunak, telah dijadualkan dirasmikan oleh Y.B Tan Sri Bernard Giluk Dompok, selaku Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, tetapi beliau tidak dapat hadir, kerana mempunyai tugasan di Dewan Parlimen Kuala Lumpur dan telah diwakili oleh setiausaha politiknya Datuk Philip Lasimbang.


Saya juga melihat program ini berjaya kerana dapat menghimpunkan pelbagai kaum yang hadir bersama terutama golongan pekebun kecil dan mereka yang belum mempunyai tanah pertanian. Tanggapan sesetengah pihak kononnya peserta program itu hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum sahaja adalah MELESET sama sekali dan tanggapan itu adalah berbaur politiking yang cuba disabotaj oleh mereka yang tidak bertanggungjawab 'di luar sana' untuk melihat masa depan pekebun kecil terus terbela. Lihatlah gambar bukti yang menunjukkan pelbagai kaum bersama menjayakan program ini meskipun ada pihak cuba 'mempolitikkannya' dengan menuduh kononnya pihak penaja hanya mengutamakan puak tertentu.
Janganlah jadi terlalu Racist' kerana pemimpin atasan kita juga tidak mahu ada golongan yang cuba menimbulkan sentimen perkauman.
Belajarlah untuk mengenal diri sebelum menilai orang lain.
Apa pun TAHNIAH kepada pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini termasuk kerjasama media kerajaan dan swasta.

Terutama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Pegawai Tunas MPOB kawasan Kunak, En.Fadli Mustapa sebagai pengasas program ini termasuk usaha dan komitmen penaja bersama yang memulakan pembentukan Koperasi tersebut yang diketuai En.Eyuki Ugi dan sembilan rakannya yang lain yang telah  membentuk Koperasi Penanam Sawit Mampan daerah Kunak iaitu yang ketiga di Malaysia dibawah inisiatif Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dua daripada Koperasi yang telah wujud sebelum ini ialah Koperasi Penanam Sawit Daerah Tongod, di Sandakan Sabah dan Saratok di Sarawak.
Tahniah kepada MPOB dan mereka yang telah menjayakan program tersebut meskipun Menteri yang berkenaan tidak dapat hadir dan terpaksa diwakili oleh Setiausaha Politiknya.

Terima kasih,
Thank you,
Djapri Kudosat, pekebun kecil Sawit di Kunak

Tiada ulasan: