Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Suara Rakyat Kunak ( Google+ Followers )

Khamis, 9 Disember 2010

Mengapakah ramai sangat yang tergila-gila nak jadi Calon BN Di Dun Kunak?

Salam 1 Malaysia.

Mungkin juga di Daerah Kunak ini ada "Lombong Emas"? 

Kalau di renung-renung, ditenung-tenung, : beratnya tanggungjawab sebagai seorang YB jika benar-benar niat nak berkerja untuk rakyat, semua tanggungjawab Daerah terletak di bahu YB, dari A sampai Z akan diberitanggungjawab kepada YB, setiap permasalahan rakyat YB juga yang selalu dirujuk. Jika tidak diselesai maka yang kena tempiasnya YB juga.

Kita boleh lihat seseorang yang belum menjadi YB sudah sering di kedai kopi bersama rakan mereka, tetapi apabila dia dah menjadi YB, mungkin dalam sebulan belum tentu kita dapat melihat lubang hidungnya lagi. Haruman bau wangian yang dipakainya pun susah kita nak hidu sebagaimana sebelum dia jadi YB kerana entah sibuk dengan urusan di luar daerah, Out-station katakan!..

Seperti di Kunak sekarang, setiap pemimpin Umno yang saya temui semua menaruh harapan agar dapat di calonkan bertanding mewakili BN di Dun kunak pada PRU ke-13 ini.

Tidak lama lagi ramailah "individu yang mengaku perisik dari pihak atasan kononnya yang dipertanggungjawabkan untuk merisik siapa individu yang layak dicalonkan di Dun Kunak" tujuannya mencari kesempatan untuk mengaut keuntungan dari pelobi-pelobi yang tersangat gilakan kuasa nak menjadi calon BN di Dun Kunak. Lebih teruk lagi, ada juga dikalangan pemimpin Umno sebelum ini yang masih kemaruk nak jadi calon. Tak serik-serik dengan 4 penyakit" yang dialami oleh mereka selama ini sebagaimana saranan PM supaya pemimpin Umno bermuhasabah diri dan mengelak dari terjerumus terus dengan "4 gejala penyakit itu JUMUD, LUPA DIRI, ANGKUH dan KHAYAL.
Khayal inilah yang paling bodoh untuk diamalkan oleh pemimpin atau individu yang kemaruk nak jadi calon kerana mengkhayalkan yang diri boleh jadi pemimpin tetapi gagal memimpin diri sendiri sehingga terlibat dalam gejala rasuah, lebih teruk lagi ada kes Tuuuut?

Ada juga pelobi-pelobi ini terus ke KL, katanya SUC DSN panggil untuk temuduga menjadi calon BN, tapi sampai disana dia tak sedar yang mereka jumpa di KL hanyalah tukang kebun DSN, atau pun pemandu.

Sebab yang terjadi sebelum PRU 12 yang lalu, kalau di Kunak mungkin ada lebih 10 orang yang berlagak sebagai "perisik", sebab saya sendiri ada terjumpa dengan "perisik-perisik" ini di Semporna, di Tawau, di Lahad Datu dan di KK, yang saya terkejut saya pun ditawarkannya menjadi calon BN di Kunak, dia tak tahu yang saya ni dah berkulat dalam PKR, kerana pada waktu itu saya jalan bersama sama dengan kawan dari anggota BN. (Bangang punya "perisik" itu). "Perisik" apa itu sedangkan ahli Umno /BN atau pembangkang dia tidak dapat bezakan atau kenalpasti. Itu namanya perisik palsu".

Untuk menyingkatkan tulisan ini, agar sesiapa pun yang menjadi YB di Dun N-51 Kunak pada PRU ke-13, dari BN atau pun PKR semuga di dalam lima tahun yang diperuntuk menjadi YB, tahun pertama dan ke dua, tumpukan untuk kemajuan Penduduk Kunak. Kemajuan apa? Kemajuan dalam penyediaan peluang pekerjaan. Bagaimana mewujudkan peluang kerja yang banyak di Kunak supaya belia tidak menganggur atau pergi ke Malaysia Barat (Semenanjung) mencari pekerjaaan sehingga tinggalkan orang tua mereka di Sabah.
Kesian bah warga tua.

2 ulasan:

Pak Tam berkata...

Orang Sabah tidak begitu mengerti politik pembangkang di semenanjung terutama PKR. Maaf bercakap, sudah banyak pemimpin utama dan pengasas parti KeADILan sudah meninggalkan perjuangan Anwar. Yang hanya tinggal rakyat segelintir sprti sdr2 di Sabah, Swak dan Semenanjung. Manakala UMNO sudah menampakkan perubahan setelah BN kalah beberapa negeri di Semenanjung. Tapi UMNO masih kuat berdepan dengan fitnah merupakan senjata utama parti pembangkang terutama PAS kerana isu UMNO sudah tiada lagi. Inyaallah UMNO akan kembali kukuh memperjuangkan kepentingan Melayu dan bumiputera, mempertahankan kedaulatan raja2 Melayu, agama dan negara di samping memelihara hak kaum/bangsa lain sebagai rakyat Msia. Hidup UMNO, hidup Malaysia.

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam Pak Tam, t.kasih atas pandangan anda,pasal releven atau tak releven Parti PKR, penentu nya pada PRU ke-13 akan datang, bagi Pak Tam UMNO masih kuat, hebat, tetapi saya angap tidak hebat, sebab Demokrasi mereka tidak amalkan mereka UMNO gunakan, Kehakiman, SPRM, SPR dan Polis, untuk mempertahankan kuasa mereka,takut diambil alih oleh Pakatan.? maaf Pak Tam, itu pendapat saya.