Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Rabu, 17 November 2010

Syarikat Linguaphone SDN BHD Menipu Penguna?

Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya Kepada Semua Umat Islam Di Dunia.

Surat terbuka ini saya tujukan kepada Kementerian Hal Ehwal Penguna.

Saya amat kesal kerana masih lagi ada Syarikat penjualan secara pos menipu penguna, nama Syarikat Tersebut, (Linguaphone SDN BHD yang beribu pejabat di Suite 3.12, 3rd Floor, Pudu Plaza, Jalan Landak Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Pon No; 03-21440612, 03-21440662.

Syarikat ini mengkilankan perniagaan mereka melalui akbar akbar tempatan dengan judul, Linguaphone, belajar bahasa English dengan mudah dipahami, mengunakan CD dan buku panduan.

Oleh kerana saya berminat umtuk mempelajari bahasa English, maka saya pun menawarkan diri mengunakan SMS untuk mengetahui syarat syarat pembayaran kepada syarikat mereka, setelah paham dengan syarat syarat perjanjian saya pun terus masukan wang rm300.00 ke Acaun Linguaphone.

Maka 2 minggu kemudian barangan untuk mempelajari bahasa English pun sampai diTawau, saya pun terus keTawau untuk mengambil barang tersebut di tempat barang kiriman tersebut untuk dibawa pulang keKunak.

Setelah saya sampai dirumah, saya pun terus membuka bungukusan tersebut untuk mencuba peralatan didalam nya, saya pun mencuba CD dahulu, lebih kurang ada 15 CD, saya dapati semua CD yang mereka hantar tidak berfungsi.

Maka saya pun menelefon mereka untuk memalumkan kerosakan CD tersebut kepada wakil Syarikat Linguaphone, maka wakil itu pun menanyakan alamat rumah saya agar senang wakil mereka mengambil kembali barangan mereka yang rosak untuk ditukar.

Saya pun menungu hinggah kehari ini untuk pengambilan barangan mereka, tetapi sehinggah sekarang tak ada seorang wakil mereka datang untuk mengambil barang tersebut, yang datang sama saya surat dari Peguam mereka untuk membuat tuntutan hutang se jumlahRM2,661.00, dari Guaman Tertuas Nashili & CO, menyatakan yang saya akan maklumkan CTOS jika tak membayar hutang  tersebut.

Saya pun terus SMS kepada no yang tertera dalam surat tersebut dengan no ;012-2590092 yang bernama TINI memaklumkan perkara yang sebenar kepada nya, yang saya akan Publis keburukan Syarikat tersebut diakbar dan Blog agar mereka paham apa itu perniagaan yang telus.

Dengan akhir kata, saya memohon kepada Kementerian Hal Ehwal Penguna Malaysia agar menyiasat Syarikat LINGUAPHONE SDN BHD diambil tindakan undang undang akhta Perniagaan Pos, saya juga memohon,agar Syarikat tersebut diSenarai Hitamkan, kerana menipu penguna.

Tiada ulasan: