Suara Rakyat Kunak

Suara Rakyat Kunak
Suara Rakyat Suara Keramat

ESPN's Bottom Line Widget

Rakan Blooger ( Suara Rakyat Kunak )

Ahad, 28 November 2010

Siapa Bakal Calon PKR Dun N-51 Kunak Pada PRU ke-13?


Salam 1 Malaysia Dan Selamat Berhari Raya.

Salam dan Selamat Sejahtera, mesyuarat Cabang PKR P-188 Silam Sabah baru baru ini telah memberi mandat kepada Penyelaras Jentera Pilihan Raya PKR bagi Dun N-51 Kunak untuk menamakan 3 orang bakal calon bagi Dun N-51 kunak, dan seorang calon Parlimen bagi P-188 Silam Sabah.

Arahan untuk menamakan calon bagi Sabah dan Sarawak telah diarahkan oleh DSAI Ketua Umum Parti Keadilan diwaktu mesyuarat Ketua Ketua Cabang diBatu Sapi hari itu, hak memilih calon diberikan kuasa penuh kepada Ketua Perhubungan Negeri masing masing agar mereka dapat mengenal calon tersebut lebih dekat lagi.

Bagi Dun N-51 Kunak, penyelaras akan bermesyuarat selepas bulan ini untuk menentukan siapa Calon akan dinamakan keperhubungan Negeri bagi dicalonkan untuk Dun N-51 Kunak pada PRU ke-13 yang akan diadakan pada bila bila masa sahaja.

Syarat syarat bagi calon PKR yang akan dinamakan diDun-N-51 Kunak untuk PRU ke-13 seperti berikut,
1. Sekurang kurang nya mestilah telah menjadi ahli PKR.
2. Mesti menetap diDaerah Kunak.
3. Mempunyi perwatakan mesra dengan Penduduk Daerah Kunak.
4. Berpendidikan, berkemampuan dan beriman.
5, Berani menyuarakan permasalahan Rakyat dan mampu mengotakan kepada penduduk Kunak menefesto     yang akan dikemukkan apabila menyerhakan diwaktu mesyuarat penyelaras kelak.

Ahli PKR diDun N-51 Kunak sekarang telah mencecah seramai 2000 orang, dan akan bertambah sehinggah 4000 ahli sebelum PRU ke-13 diadakan.

P-188 Silam pada tahun 1998 hanya mempunyi ahli PKR pada masa itu yang diasaskan oleh Ustas Badrul Amin hanyalah 51 ahli sahaja, dan sekarang telah mencecah kepada 8000 ahli bagi P-188 Silam, didalam ahli yang 51 terawal, bagi Dun Kunak hanya 2 orang sahaja yang masih aktif diDun Kunak  dan Lahad Datu 2 orang, selebihnya masing masing terlalu sibuk dengan perniagaan dan pekerjaan mereka masing masing.

Pada PRU ke-12 PKR telah menamakan calon nya iaitu Hj Bedu Kadusa dengan mendapat undi 968 undi tewas kepada calon BN Nilwan Kabang dengan mendapat undi 5354 undi, adat pertandingan mesti ada yang kalah dan yang menang, tetapi walau pun PKR kalah pada PRU ke-12 tetapi telah menambah bilangan undi pada PRU ke-11 calon PKR pada masa itu Citra Masadi yang mendapat 235 undi.

Untuk persediaan PRU ke-13, kami dari PKR Dun N-51 Kunak menjemput wakil wakil dari Pakatan, PAS, DAP untuk bersama sama berjuang menentang BN pada PRU ke-13 yang akan datang, semuga perjuangan PKR kali ini akan mendapat sambutan dari penduduk Daerah Kunak untuk sama sama kita memperjuangkan hak hak penduduk Daerah Kunak. Wallahualam.

3 ulasan:

kunakpress.blogspot berkata...

harap-harap calonnya bukan dari spesies katak :@
kalau dari spesies katak, awal-awal lagi bagus jadi berudu selamanya supaya tidak boleh melumpat kerana kalau dah jadi katak mesti buleh melumpat, tapi kalau berudu sahaja masih berenang-renang tak buleh melumpat.. keh..keh

kunakpress.blogspot berkata...

Pining ko SRK mencari jawabannya kerana asalnya KATAK itu BERUDU, dan BERUDU itu lama-kelamaan jadi KATAK juga..Oleh itu, jadilah pemimpin atau bakal calon yang BERMARUAH. Jangan bila dah tak ada tempat dalam parti jadi KATAK yang asik MINTAK jawatan

he..he..

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Salam KP, PKR Dun Kunak kali ini lain sikit cara nya cari cari Calon untuk PKR, guna GPS, kalau memang ada speses katak, terus dia melompat lompat macam Katak, senang kan.